Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Teknologi berkembang setiap hari, dan terbaru adalah penggunaan USB 3.0 yang mana membolehkan data dipindahkan dengan lebih pantas berbanding pada USB 2.0 yang digunakan pada masa kini. Menariknya, Microsoft dikatakan akan memastikan Windows 8 menyokong USB 3.0 sepenuhnya.
Windows 8 dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun 2011, ataupun selewatnya pada tahun 2012, dan masih tiada sebarang info berkenaan apakah yang bakal diperkenalkan oleh mereka melalui Windows 8. Namun begitu, kini kedengaran yang mana Intel sedang bekerjasama bersama-sama dengan Microsoft untuk memastikan Windows 8 bakal menyokong USB 3.0 sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, beberapa spekulasi turut sama mengatakan yang mana Windows 7 SP1 bakal turut sama didatangkan dengan sokongan USB 3.0, namun begitu, masih tiada berita rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan dengannya. USB 3.0 dikatakan bakal menyokong pemindahan data sehingga 5Gbps, selain turut sama menyokong sepenuhnya versi 2.0.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
win7 x bleh ke?
semestinya boleh ….apelaa
Amboi~ Win8 Makin Hebat! =)
baru tau usb 3.0 ni
mesti laju gila
harga pun boleh tahan kot
Window 7 pun x abis khatam lagi..
haha. bagus2. makin laju hati pun senang =p
Mengapa Microsoft masih terus buat desktop OS sedangkan Google sudah buka era baru dgn OS yg berasaskan cloud computing ?
Microsoft ada gak buat OS yang berasaskan Cloud Computing, kalau tak silap aku, nama dia Windows Azure dan juga teknologi konsep Windows Live Mesh
wah…mantap gila microsoft ni…pantas dah skg ni.
Jadahnya cepat sangat kuar OS baru ni? Win 7 pun blom panas lagi dah nak release Win 8 taun depan? Mcm ni Win XP x dpt nk bernafas dah la..
Windows 7 hanyalah pembunuh Windows XP. OS yang sebenar ialah Windows 8
memang tak bernafas pun..
dekat lowyat dah banyak poster say goodbye too windows XP..
alee aku baru nk angkat win7 ori dh nk kluar win8 dah ceh.
mungkinkah boleh free upgrade ke win8 bila dh kuar nnt? huhu
apelh yg menarik sgt dgn win 8 tu nnti erk???dgn cye pkai win 7 best jga…speed..