15Mar

WordCamp Malaysia Bakal Di Adakan Tahun Ini

Lain-lain, Web 2.0

Mungkin ramai yang sudah mendengari akan berkenaan dengan WordCamp. Menariknya, WordCamp turut akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi, iaitu berkemungkinan besar pada tahun ini, atau lebih tepat lagi pada pertengahan tahun kedua tahun ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada perancangan peringkat awal, dan sekiranya tiada sebarang perkara yang menganggu, WordCamp Malaysia bakal diadakan seawal bulan Jun. Idea asal untuk mengadakan WordCamp di Malaysia telah diutarakan oleh saudara Izzudin Helmi sebelum ini, malah domain WordCamp Malaysia juga telah didaftarkan.

Kini, dengan penubuhan bersama Kreative Themes, ianya makin menjadi kenyataan untuk WordCamp Malaysia menjadi kenyataan, sekaligus bakal menemukan para pengguna WordPress Malaysia pada sebuah acara yang amat menarik sekali.

Menariknya, pada masa yang sama, domain WordCamp.MY juga turut telah didaftarkan, dimana laman tersebut menyediakan sebuah borang langganan membolehkan para pengguna mengetahui perkembangan semasa WordCamp.MY. Walaubagaimanapun, ianya kelihatan seperti pihak berbeza yang membangunkan WordCamp.MY dengan WordCampMalaysia.com.


Penipuan Klik Mencecah Kadar Tertinggi
Nuffnang Kini Sudah Berumur 2 Tahun
TM Membelanjakan RM1.9 Billion Untuk HSBB Setakat Ini
LivingSocial Memasuki Arena Malaysia Melalui Everyday.com.my
Facebook Mengemaskini News Feed - Memperkenalkan Fungsi Ticker Secara Rasmi

9 Komen

  1. Sapitt pada 15 Mar 2010

    harap2 jadi lah :)

  2. menj pada 15 Mar 2010

    Kalau jadi, saya akan hadir insya’ Allah.

  3. Fahmishah pada 15 Mar 2010

    Cool.

  4. Frantz-Senpai pada 15 Mar 2010

    cambest je.. mujur aku skang nie pengguna tegar wp..

  5. mancai pada 15 Mar 2010

    peh.. moga2 jadilah… kalau dapat nak jenguk2 jugak kat wordcamp tuh…

  6. Wan Perlis pada 15 Mar 2010

    blogger wp nak berkumpul ke. wah best2

  7. azrin pada 15 Mar 2010

    Takkan datang…
    Worst blogger katerkan..

  8. Simon pada 16 Mar 2010

    I am planning to organise Wordcamp in KL this year too..inviting Matt to attend…

    Do contact me so that we can collaborate…

    Thanks

  9. AMR pada 17 Mar 2010

    wau.. sungguh mengujakan..


Tinggalkan Komen Anda