Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Persaingan laman sosial akan menjadi semakin hangat lagi tidak lama lagi apabila Telekom Malaysia (TM) turut sama sedang membangunkan laman sosial mereka yang tersendiri dan unik yang mana dikenali sebagai YEMMZ! Walaubagaimanapun, YEMMZ! membawakan kelainan dengan turut mengintegrasikan ruangan untuk produk.

Antaramuka Laman Yemmz!
Buat masa ini, YEMMZ! masih lagi belum dipromosikan oleh pihak TM secara meluas, malah bilangan ahlinya kini masih lagi dibawah seribu orang pengguna. Namun menariknya, ianya membawakan konsep jual beli pada laman sosial, dimana para pengguna boleh menguruskan urusan jual beli produk dengan mudah serta menggunakan rangkaian sosial untuk tujuan pemasaran.
Melalui YEMMZ!, ianya dijangka akan membawakan beberapa fungsi-fungsi menarik, termasuk ruangan untuk peminat, ruangan untuk katalog produk, blog, forum, senarai acara, dan banyak lagi. YEMMZ! juga menjadi antara laman yang mengintegrasikan fungsi jual beli dan rangkaian sosial bersama, selain memudahkan anda menjumpai rakan-rakan dengan minat yang serupa dengan mudah. YEMMZ! juga dijangka akan menggalakkan lagi potensi keusahawanan pada diri seseorang itu.
Buat masa ini, YEMMZ sudah boleh diakses dan anda boleh memulakan aktiviti sosial anda seperti biasa. Namun beberapa ura-ura mengatakan yang mana YEMMZ bakal dilancarkan secara rasminya oleh TM pada bulan Mac 2010 ini. Bulan Mac 2010 juga bakal menyaksikan TM memperkenalkan HSBB serta juga IPTV mereka.
Ianya kelihatan kini ramai pihak yang membangunkan laman sosial, dimana selain daripada YEMMZ! daripada TM ini, terdapat juga beberapa laman sosial tempatan seperti Ruumz, KoolRed, Kakiis, Friendster dan banyak lagi. Bolehkah YEMMZ! mencipta kelainan dan memenangi hati para pengguna?
35 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
model-model dekat website tu nampak pelik. tak ekslusif langsung. kecuali perempuan gitar tu, ada style la sikit. hehe
Ia menggambarkan rupa rakyat Malaysia yang sebenarnya, kerana kita bukanlah dipenuhi dengan golongan artis belaka
Kery rasa benda nie tak famous sangat laah….baik guna je fb…ramai geng..ssh nk tgal kan…hehe:D
Facebook tu kan buatan Yahudi. Dari sentiasa support yahudi produk baik support produk buatan tempatan.
haha…bergeliga gak TM ni….pasti meletup ni…peminat2 TM mesti support…hehe..
hohoh macam menarik ni.. nak kena join ni.. dah bosan dengan fb wahahah
berape agaknye TM bayar model2 tu ye
dengan syarat tak de la spam2 busuk je penuh nanti… huhu…
setuju dgn mk
perkembangan sihat laman sosial malaysia
mmmmmmm.. saya gemar tmnet..!!
Mst la cari model murah2.. hehe
harap tak jadi macam bluehyppo dah la..
beberapa tahun jer hebat..lepas tu langsung diam dah…
Risau jadi tempat spam.. kwang2
wah, sosial network…bagus tm.
Interface = Ugly..
TM ni macam juga RTM, staf-staf minda lapuk dan tertutup kebanyakan yang menyumbang idea terdiri daripada golongan tua. Kalau buat sesuatu yang baru bukannya buat kajian mendalam supaya dapat menawan hati golongan sasaran,dok pakai minda lapok dan tertutup.
Tengok la sendiri webpage YEmmz tu HUAHUAHUA…..tak selera aku nengoknye… tu baru kt depan HUAHUAHUA….. Aku yakin Yemmz ni akan jadi sarang yang sangat “kotor” mengalahkan laman lucah,spam, dan macam jenis lagi HUAHUAHUAHUA
mak ai… kutuk sakan… tengok la dulu nanti… ape pun tunggu pelancarannya… dan tunggu perkembangannya
Kawan gua ckp, yg buat ni bukan org2 tua, kebanyakkan kat dept tu org2 muda. Satu langkah yg baik dari TM. Menarik gak la kalau tgk dari konsep dia. Sambil bersosial, kita boleh berjual beli. Tahniah TM, teruskan…
baru lagi memang ar..lepas ni makin cantik la interface dia..pelan2 kayuh la..tuh pasal TM x promote n wat publisiti besar-besaran lagi..
semua pakat dok berlawan sekarang ni.. wauu.. bagus untuk user sebenarnya
Aku sokong dengan MK,lepas ni bolehlah kita sokong produk hasil dari negara kita…kurangkan dgn fb tu
wow… makin menarik la nanti..
1. wah cam best… tp interface cas cas kurang menarik.. sp yg dah ade? add lah aku sekali…
2. maksudnyer, Yemmz! nih medan baru untuk Internet Business lah ek? wow.. idea yg baik dari tm sebenarnye nih..
-Beyta-
captcha yg sengal..haha
gue tengok fail saja ini web. main flash jugak muka depan. haish
si TM ni mahu bersaing dalam laman social.
Saya berminat dgn yemmz sebab kita boleh berbusiness, moga laman ini digunakan dgn sebaik mungkin, Jgnlah di jadikan medan untuk kutuk mengutuk. Pada mereka yg komen, yemmz ini medan utk golongan tua, awak pergilah tempat lain yg boleh memenuhi keperluan awak.
tunggu prlancaran yemmz… ramailah orang orang… dari kita menggunakan fcebook orang yahudi punye… baiklah guna Malaysia punyer… itupun kalau anda bangga dengan produk Malaysia….
Apa cerita.?
aku br tauk psl Yemmz! dr majalah remaja Jun 2010. blom surf lg dlm web Yemmz! hopefully Yemmz! m’jadi kegilaan rakyat Malaysia kerana ini adalah buatan Malaysia sendiri. psl FB tu, tpulanglah..tak selamanya FB akan berada diatas. tgk saje web2 yg sebelum nie. perubahan psti akan b’laku. bak kata pepatah “kereta kancil lagi ble trade-in ambik alza”..hehe
halooooooooooooooo
b0ikot pak mael belakang uma ak gak.bub gne hp nokia..brg2 yahudi 2…
camner nak aktiv emel sy ne arr…
ada pergi open house hari tu tapi kena halau pasal tak layak nak menjamu makanan , apa punya TMU UNIT ,TM PUNYA STAF.