Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi anda dengan Yemmz! – laman sosial daripada Telekom Malaysia (TM). Menariknya, ianya telah pun dilancarkan secara rasmi oleh TM semalam, dan untuk tahun pertama ini, mereka menjangkakan yang mana Yemmz! akan mencapai lebih 200,000 pengguna.

Antaramuka Baru Laman Yemmz!
Malah ianya dikatakan yang mana Yemmz! telah pun mempunyai lebih 26,000 orang pengguna yang berdaftar sebelum ianya dilancarkan secara rasmi semalam. Yemmz! membawakan fungsi laman sosial yang diintegrasikan bersama dengan fungsi keusahawanan, membolehkan para pengguna mengendalikan bisnes dalam talian dengan sistem pembayaran yang diintegrasikan dengan mudah secara terus melalui web.
Yemmz membawakan kesemua fungsi laman sosial seperti biasa, termasuk tambahan fungsi membeli dan menjual produk secara terus melalui laman tersebut. Buat permulaan ini, sebanyak 4 medium pembayaran disediakan oleh Yemmz! untuk pembeli dan penjual yang berurusan melaluinya, termasuk saluran kad kredit, FPX, webcash, dan juga transaksi luar talian.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
macam menarik wess…
bagus arr benda inininn
takder nafsu nak join yemmz
setuju…sehingga hari ini, masih lagi tidak berminat untuk menyertainya.
mesti bosan. [ agaknyalah ]
kejap je ni…dah byk dah projek TM jadi hangat2 taik ayam je..
better fokus kepada service broadband tu..huhuhuhuhuhu…
opsss.lupa pulak..mybizpoint.com apa sudah jadi? tmnetmall.com.my apa sudah jadi?
tu baru sikit aku listkan..
tmnetmall is already rebrand to tmpointvirtual.com.my and mybizpoint is a product for SME which is totally different from YEMMZ.
dan jugak utk pengetahuan kawan2..yemmz.com ni menggunakan sistem Dolphin 6 (skang version latest dolphin 7) yang dikeluarkan oleh BoonEx..boleh download free je…huhuhuhuhuhu…
boleh tengok kat sini : http://www.boonex.com/dolphin/
maybe disebabkan tm nak ikut trend laman social yg hangat skrg ni.hmm
nice one xflixz =)
Boleh cuba ni..
ni kire social site buatan malaysia la nih? menarik menarik!
biasalah TM akan mencuba perkara baru untuk generasi baru… nak try jugaklah…
cam tak menarik je yemmz ni…hurm