22Apr

Adobe Hentikan Pembangunan Flash Untuk iPhone

Apple, Perisian

Setelah sekian lama membangunkan Flash iPhone Compiler dan menyertakannya bersama-sama dengan Adobe Creative Suite 5, kini Adobe mengumumkan yang ianya tidak lagi akan membangunkannya, memandangkan Apple tidak memberikan kebenaran kepada pengguna untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga dalam pembanggunan aplikasi iPhone.

Sebelum ini, Apple telah melarang para pembangun aplikasi mereka untuk menggunakan aplikasi penghimpun pihak ketiga dalam pembangunan aplikasi mereka, seperti aplikasi yang disertakan oleh Adobe melalui Adobe Flash CS5. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana Apple tidak berhajat untuk menyokong aplikasi Flash pada iPhone.

Kini, Adobe tidak lagi membangunkan Flash untuk iPhone, segala usaha mereka akan tertumpu kepada pembangunan Flash untuk Android, dan ianya dikatakan pada pertengahan tahun kelak, Flash untuk BlackBerry akan dilepaskan.


Avast 5.0 Free AV Membawakan Antaramuka Serba Baru
Firefox 5 Dilancarkan Secara Rasmi Oleh Mozilla
OS X Lion Telah Dimuat-Turun Lebih Daripada 6 Juta Kali
secQ.me - Aplikasi Keselamatan Peribadi Pada Android Dan iOS
Mozilla Thunderbird 13 Bakal Didatangkan Dengan Sokongan IM

1 Komen

  1. hydir pada 24 Apr 2010

    hmm .. eksklusif utk pengguna Apple
    maybe better guna HTML5 :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader