08Apr

Akan Datang : Aplikasi Google Voice Untuk Desktop

Google

Umum sedia maklum yang mana Google mempunyai servis suara atas talian mereka sendiri yang dipanggil Google Voice. Namun, ianya hanya dibuka buat pengguna US sahaja buat masa ini. Walaubagaimanapun, kini, mereka gerak setapak kehadapan lagi dimana mereka bakal memperkenalkan aplikasi desktop untuk Google Voice.

Sama seperti Skype, Google Voice membolehkan para pengguna membuat panggilan suara dengan menggunakan talian internet sahaja, secara percuma. Sebelum ini, Google Voice hanya diperkenalkan sebagai aplikasi untuk telefon bimbit sahaja, dan kini ianya dikatakan yang mana Google sedang menguji secara dalaman aplikasi desktop Google Voice.

Sebelum ini, Google telah membeli syarikat Gizmo5, dan kini mereka menggunakan sepenuhnya teknologi Gizmo5 dengan mengintegrasikannya bersama Google Voice. Namun begitu, ianya masih tidak diketahui bilakah Google Voice untuk desktop ini akan dilancarkan secara rasmi. Mungkin ianya diintegrasikan bersama aplikasi Google Talk, dan mungkin akan dilancarkan secara berasingan.


Chrome Memperkenalkan Pengurus Bookmark
Jom Main PacMan Di Halaman Utama Google
Offers Boleh Di Akses Melalui Google Places Oleh Peniaga
Google Menawarkan Fungsi Untuk Memindah Google Video Ke YouTube
Google Groups Turut Membawakan Antaramuka Baru

4 Komen

  1. Azizuan pada 09 Apr 2010

    janji free, semua orang suka..keke

    • mohdisa pada 09 Apr 2010

      betul2, janji semua free pasti ramai yang guna. :)

  2. aktechpage.com pada 10 Apr 2010

    Google Voice…tunggu kehadirannya…

  3. safar pada 10 Apr 2010

    untuk atas talian( online ) je.kalau tanpa
    internet boleh guna.baru seronok guna
    google voice.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader