Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah pengenalan carian masa-nyata pada Google sebelum ini, kini Google membolehkan para pengguna mengakses kemaskini status pada Twitter dengan lebih menarik lagi, iaitu membolehkan anda mengakses kepada keseluruhan arkib tweet melalui kata kunci pilihan anda.

Contoh Carian Tweet Pada Google
Kini, anda boleh memilih kata kunci pilihan anda dan memainkannya semula mengikut masa yang anda inginkan, dan ketahui apakah yang diperkatakan oleh para pengguna pada sesuatu masa itu, ataupun ketahui siapakah pengguna pertama yang memperkatakan mengenai sesuatu topik itu.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, Google menyokong carian tweet sehingga 11 Februari 2010 buat masa ini. Namun begitu, tidak lama lagi, Google akan menyokong tweet sehingga 21 Mac 2006, iaitu pada hari lahir Twitter. Dengan fungsi ini, mungkin anda tidak lagi akan ketinggalan dalam sesuatu topik yang hangat diperbincangkan.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Typo dikesan:
Paragraph last, “..Google akan menyokong tweet sehingga 21 Mac 2006, ..”?
interesting features by Google. not bad.
trimas google, twitter dan amanz
nice info nih.. tq
macam lagi senang nak kerja blogging. terima kasih bro amanz
Semakin mudah…
all in one..best la..xyah pakai topsy dah