29Apr

Aplikasi OfficeKami Versi Alpha Sedia Di Uji

Lain-lain, Web 2.0

Buat masa ini, mungkin ramai yang sudah mengenali akan OfficeKami.com, iaitu salah satu projek komuniti daripada pembangun WeddingKami. Menariknya, kini mereka dalam proses membangunkan aplikasi mudah-alih untuk OfficeKami, dan ianya memerlukan beberapa penguji terlebih dahulu sebelum dilancarkan secara rasmi.


Antaramuka Aplikasi Mudah Alih OfficeKami

Seperti sedia maklum, kini terdapat pelbagai jenis sistem operasi mudah-alih, seperti iPhone OS, Android, Windows Mobile, BlackBerry OS, Symbian dan banyak lagi, dan pihak pembangun OfficeKami ingin memastikan yang mana aplikasi OfficeKami versi mudah-alih ini dapat digunakan dalam semua sistem tanpa sebarang masalah, dan untuk menjadikannya kenyataan, usahasama pelbagai pihak diperlukan. Maklumbalas berkaitan dengan aplikasi mudah-alih OfficeKami ini juga amat dinantikan pihak pembangun.

Pada masa yang sama, sekiranya anda mempunyai sebarang idea ataupun aplikasi yang ingin dibangunkan untuk OfficeKami, anda boleh menghubungi terus pihak OfficeKami, dan menjadikan laman tersebut lebih interaktif dan menarik lagi.

Mengenai OfficeKami

OfficeKami merupakan projek komuniti daripada pihak pembangun WeddingKami, dimana ianya merupakan sebuah blog dan web interaktif, menawarkan pelbagai maklumat dan informasi berguna berkaitan sesuatu tempat yang mana boleh dijadikan sebagai lokasi untuk pejabat mudah-alih anda, yang mana, pejabat mudah-alih kini menjadi trend dalam industri perkomputeran seluruh dunia.

Melalui laman OfficeKami ini, anda boleh menyumbangkan dan pada masa yang sama mendapatkan informasi berguna berkaitan sesuatu lokasi, daripada jenis makanan yang ditawarkan, WiFi, kemudahan tambahan berdekatan lokasi, seperti surau, tandas, parking, serta kemudahan yang disediakan di lokasi. Anda juga boleh menghantar ulasan anda berkenaan sesuatu lokasi itu, dan berkongsinya bersama seluruh dunia.


Koleksi Tema InfoMalaya Kini di Google Code
MyFwen Di Lancarkan Semula Sebagai 1Kampus
GengFotografi.com Bakal Di Tamatkan?
SOFEss (Projek 1MDB) Memperkenalkan Sokongan Facebook Connect
UiTM Memperlihatkan Sokongan Pengambilan Kedatangan Tanpa Wayar - WMAS

14 Komen

  1. Syafrizal pada 29 Apr 2010

    Macam menarik je.

  2. mohdisa pada 29 Apr 2010

    wah, macam menarik jerk. tp aku nak pasang kat mana yerk? hehe

  3. tekong pada 29 Apr 2010

    eh aman tu screen shot pakai apa ? blackberry ?

    • Sham Hardy pada 29 Apr 2010

      pssst! ko tak tau ke aman dah kaya?

    • aman pada 30 Apr 2010

      erm. guna mobile browser yang install kat desktop. haha. nanti aku antar feedback sebagai pengguna blackberry. aha~

  4. tekong pada 30 Apr 2010

    psst tau tau :p

    • paeh pada 30 Apr 2010

      tekong terbaik!

      nnt aku nk submit juga laaa…. lalalala~

  5. orellex pada 30 Apr 2010

    nice la aman dan tekong….

    pstt..kalau nak tau..tekong pun bakal kaya…. :p

  6. PisangPanas pada 01 May 2010

    Dasat la korang ni..

  7. safar pada 01 May 2010

    senang lah sikit nak cari kedai
    makan yang ada WIFI.

  8. hydir pada 02 May 2010

    utk iPhone boleh juga ke?
    kalo boleh nak test gak :)

  9. tekong pada 10 May 2010

    ada ada utk iphone pun ada. tu basically web-apps je so masuk je url tersebut guna handheld devices :D


Trackbacks/Pingbacks

  1. OfficeKami – Everywhere is your Office » Blog Archive » 1st year of Officekami

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader