10Apr

Aplikasi Twitter Untuk BlackBerry Beta Di Lepaskan

Gajet, Web 2.0

Setelah sekian lama, kini, Twitter dengan kerjasama bersama RIM membawakan aplikasi rasmi Twitter untuk BlackBerry, membolehkan para pengguna BlackBerry menggunakan fungsi penuh Twitter dimana sahaja dengan mudah. Ianya juga bebas iklan dan boleh dimuat-turun secara percuma oleh para pengguna BlackBerry.


Antaramuka Aplikasi Twitter Untuk BlackBerry [via]

BlackBerry sememangnya dikatakan adalah untuk pengguna yang kuat menghantar mesej, dan Twitter kini muncul sebagai platform perkongsian mesej yang utama didunia. Dengan adanya aplikasi ini, ianya bakal menjadi suatu platform yang amat berguna untuk para pengguna BlackBerry.

Sebelum ini, kebanyakkan pengguna BlackBerry menggunakan UberTwitter untuk berinteraksi melalui Twitter dimana mereka disajikan dengan iklan bagi versi percuma. Dengan adanya aplikasi Twitter rasmi ini, ianya mungkin akan memberi tamparan hebat bagi UberTwitter.

Selain daripada itu, Twitter for BlackBerry ini juga diintegrasikan secara terus kepada TwitPic, membolehkan anda menghantar imej dengan mudah melalui BlackBerry anda kepada Twitter. Ianya juga diintegrasikan sepenuhnya dengan fungsi-fungsi Twitter yang lain seperti List, @Mentions serta Direct Messages yang diintegrasikan pada Inbox BlackBerry, membolehkan para pengguna membaca DM sama seperti SMS dan emel.


Antaramuka Aplikasi Twitter Untuk BlackBerry [via]

Pada masa yang sama, pengguna BlackBerry turut sama boleh membuat carian pengguna, kandungan dan ikuti topik hangat Twitter sama seperti pada web melalui BlackBerry mereka. Para pengguna BlackBerry boleh memuat-turun aplikasi rasmi ini melalui BlackBerry App World, ataupun melalui URL blackberry.com/twitter.


Tumblr Memperkenalkan Fungsi Halaman Statik
Facebook Pages Diberikan Nafas Baru
HTC Melancarkan Aplikasi Rasmi Untuk Membuka Bootloader
Fail MegaUpload Akan Kekal Untuk Sekurang-Kurangnya Dua Minggu Lagi
Huawei Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Paling Pantas Di Dunia?

5 Komen

  1. Baloot pada 10 Apr 2010

    Cayalah Blackberry pun makin mantap sekarang. Tapi sayang, aku tak jatuh hati lagi dengan Blackberry. Hati-ku dah ditawan oleh iPhone. Hehehe.. :p

  2. pellepuns pada 10 Apr 2010

    masalahnya official twitter ni takde mention and edit retweet feature, tu yang masalah tu.

    @baloot mana boleh compare iphone dengan blackberry, dua-dua di design untuk 2 perkara yang berlainan.

  3. Jom Linux pada 10 Apr 2010

    Samalah denga Baloot. Aku pening tgk menu BlackBerry tue… :-(

  4. mohdisa pada 10 Apr 2010

    aku ada member nak jual blackberry curve 8520 baru lagi, sapa berminat mesej aku di blog. sorry aman, wat promo skit. hehe

  5. doBot pada 10 Apr 2010

    Man, aku dah download semalam. Hati ku dah berubah arah dari Uber ke aplikasi baru ini. Anyway, BB rulesss!!!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader