22Apr

DiGi Memperkenalkan Kedai Dalam Talian

Telekomunikasi

DiGi kini menjadi syarikat telekomunikasi tempatan pertama yang menawarkan kedai dalam talian tersendiri – DiGi Online Store, dimana melaluinya, anda boleh mendaftarkan nombor telefon, ataupun membeli telefon baru, dan ianya akan secara terus dihantarkan ke pintu rumah anda.


Antaramuka Laman Jual-Beli DiGi

Buat masa ini, tiga produk utama ditawarkan oleh DiGi, iaitu DiGi Prepaid SIM Pack, Prepaid Internet SIM Pack dan juga beberapa telefon bimbit yang terpilih. Anda juga boleh memilih tarikh bila yang penghantaran perlu dilakukan, dan ianya akan dihantarkan kepada anda secara percuma.

Walaubagaimanapun, iPhone dan telefon BlackBerry tidak ditawarkan melalui laman web tersebut buat masa ini. Dari segi pembayaran pula, tiga ilihan diberikan, iaitu samaada melalui CIMBClicks, Maybank2U ataupun menerusi PayPal.


P1 dan Intel Memperkenalkan 6 Laptop WiMAX
5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis
Laman Anugerah DiGi WWWOW Tidak Boleh Di Akses Sejak 2 Jam Lepas
iPhone 4 Putih Di Malaysia Pada Minggu Hadapan?
Adakah Ini Pakej iPhone 4S Daripada Celcom?

11 Komen

  1. Amir pada 22 Apr 2010

    Terbaikla digi. Tp aku x minat pun nak guna digi. Haha.

  2. Mus pada 22 Apr 2010

    tak pernah guna digi ni.. best ker?

  3. ejam pada 22 Apr 2010

    xpenah pun pakai digi…xtau ler naper xnk tukar lagi walaupun tahun maxis @ hotlink nie makin biol dan xbrape jujur…

  4. Syafrizal pada 22 Apr 2010

    bolehla DiGi ni. Tapi kadang2 line teruk jugak.

  5. mohdisa pada 22 Apr 2010

    bagus betul digi ni, tp syg. aku masih tak berminat nak menggunakan digi. kalau dorg bg iphone free aku nak la pakai. haha

  6. admin pada 22 Apr 2010

    biasa pakej2 digi paling gempak compare celcom dan maxis.. tapi sayangnya tak ramai nak bertukar..

  7. Loq pada 23 Apr 2010

    Hotlink takda yg macam ni ke?

  8. myFirdaus pada 23 Apr 2010

    nice job digi…. urm,, nih menambahkn minat aku nk xplore digi….

  9. nazmie pada 23 Apr 2010

    Digi memang the best. but still love maxis. tapi kat sabah DIGI are very well known. ke2 t’byk pengguna after celcom. well done.

  10. Ramdzi pada 24 Apr 2010

    digi wat promosi macam2 tapi ramai yang xtertarik dengan digi ni.. mesti ada somthing wrong.. huhuhu..

  11. Azizuan pada 28 Apr 2010

    tapi sayang aku tak minat digi..coverage limited..plus member pon tak ramai pakai..rate mencanak mahal la..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader