Cari @ Amanz

Selepas Celcom memperkenalkan Twitter Via SMS tidak lama sebelum ini, kini, DiGi turut mengikuti langkah yang sama dengan memperkenalkan servis Twitter melalui SMS secara terus dengan mudah khas untuk pengguna DiGi.


DiGi Memperkenalkan Servis Twitter Melalui SMS

Kini, ianya diketahui yang mana pengguna Twitter di Malaysia melangkaui angka satu juta, dan peluang ini direbut oleh semua penyedia telekomunikasi. Melalui servis terbaru DiGi ini, mereka membolehkan para pengguna menghantar dan menerima kemaskini status sepanjang masa dimana sahaja.

Sama seperti Celcom, DiGi turut mengenakan caj sebanyak RM1 seminggu untuk penerimaan mesej Twitter tanpa had, dan 10 sen bagi setiap mesej yang dihantar melalui telefon anda. Untuk memulakannya, anda hanya perlu menghantar ONTW ke 2898 melalui telefon DiGi anda, dan anda akan melanggan kepada servis tersebut. Langkah seterusnya yang mudah diikuti turut diterangkan secara mendalam pada halaman servis DiGi Twitter SMS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd