Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Rawanaz sebelum ini sering dikaitkan dengan persepsi negatif, dan kini, melalui satu tweet, ianya dikatakan yang mana kini Exabytes telah mengambil alih Rawanaz secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, semua pakej dan harga masih akan dikekalkan buat masa ini.
Sebelum ini, Rawanaz menimbulkan beberapa ketidakpuas hatian para pengguna apabila server mereka sering menghadapi masalah dan sebagainya, dan kini dengan pengambil alihan oleh pihak Exabytes, perkara ini mungkin berubah memandangkan jenama Exabytes merupakan penyedia hosting terkemuka di Malaysia.
Walaubagaimanapun, memandangkan tarikh hari ini adalah 1 April, berita ini masih lagi dikategorikan dibawah was-was. Segala data berkaitan dengan Whois untuk domain Rawanaz masih lagi belum berubah lagi. Adakah ianya sekadar April Fool ataupun sebuah berita sahih, masih menjadi tanda tanya.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yup..aku dapat tau dari blowie aka tengku aizat..dia mmg byk experience dgn fakap hoster tuh.. huhu
klu bnde nih btul, thniah r Exabytes…
rasanya betul la, sebab semua pengguna rawanaz dapat email pemberitahuan ni
yup betui. kalo ikut ape yg dirancang mmg cmtu, exabytes akan ambil alih rawanaz. so kalo exabytes da ckp cmtu, means da official la tue.
Ada la satu hosting yg suam2 punggung saya dgr…namanya namsahaz.com
bagus ker hosting tu??
wah..linuxmalaya makin ok la lepas ni
yup, dapat jugak emel ni. jatuh gak Rawanaz akhirnya…
harga still ikut rawanaz punye rate ke?
Yes, Exabytes has setup new server and we are now in the progress of copying over all the data into our new server. Stay tune.
serverfreak xnak ambil sepaku ke…? hehehe…
hahaha.. tu la pasal.. hehe..
keji gila kalau orang buat lawak april fool benda-benda macam ni
bila mende ni berlaku nampak sangat yang owner rawanaz rasa akan tanggungjawabnya. Mereka tidak terus tutup syarikat supaya bekas pelanggan tidak mengalami masalah.
Semoga rawanaz dan exabytes terus berjaya..
Syafiq Zainal
haha, tu la pasal serverfreak xnk amik sepaku? awww
mcm mne dengan madness hosting promo 20Gb/200Gb aku tuh ye?
Pasti ke diambil alih?
Setahunya, pihak Exabytes hanya membuat migrating akaun pelanggan Rawanaz ke Exabytes selepas pelanggan menjelaskan renew hosting masing-masing.
Siapa pula nak ambik netonboard.com ? lelong… lelong …
Syarikat yang banyak menyusahkan pelanggan ni, patut dijual sahaja ke syarikat yang lebih baik pengurusannya.
(Maaf Amanz. Luahan perasaan sikit ni)
sama kes mcm flisterz la nie
untuk website owner yang host denagn Rawanaz
jika you upgrade hosting package you daripada package rawanaz kepada package Exabytes
you akan dapat 50% discount.
contact custcare@exabytes.com.my secepat mungkin.