Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain Google, kini Facebook yang kian meningkat popularitinya turut mengikuti jejak seperti Google dengan membeli beberapa syarikat dan mengintegrasikan dengan produk utama mereka. Terkini, Facebook telah memiliki DivvyShot, iaitu salah satu laman perkongsian gambar dengan fungsi yang agak unik.

Divvyshot Kini Menutup Pendaftaran Baru
Divvyshot merupakan salah satu servis dimana ianya memfokuskan kepada perkongsian gambar secara berkumpulan dan bukannya gambar peribadi, dimana ianya membolehkan perkongsian gambar secara berkumpulan lebih mudah. Salah satu fungsi menariknya adalah dimana ianya membolehkan pada pengguna memuat-turun keseluruhan album sebagai satu fail dengan mudah.
Divvyshot akan ditutup sepenuhnya dalam tempoh 6 minggu lagi, dan tiga orang pembangunnya kini bekerja secara terus dengan Facebook, sama seperti yang berlaku pada Octazen. Mungkin tidak lama lagi, kita boleh melihat sesuatu yang baru pada Facebook Photos. Sama-sama kita nantikannya.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalau boleh download original photo best la..tapi kalau yang saiz kecik cam dalam album tuh, lebih kurang ja la ngan right click + save image as..keke
fuhhh…mantap fb skang nihhh…
hah lagi mantap ah fb pas ni…nak terbaek pnyerrr…
YCombinator startup is in acquisition streak.
initial funding company ni usd10K jer
alangkah baiknya kalau Facebook beli Flickr..