09Apr

Firefox 3.6.4 Membawakan Fungsi Multi-Proses

Perisian, Sumber Terbuka

Seperti yang dikatakan sebelum ini, fungsi untuk mengendalikan plugin tambahan melalui proses berlainan akan tiba di Firefox secara rasminya pada 4 Mei 2010 melalui pelayar web Firefox 3.6.4 dengan nama kod Lorentz. Ini sekaligus membolehkan pengguna Mozilla menggunakan fungsi seperti terdapat pada pelayar web Chrome.

Melalui fungsi tersebut, plugin tambahan seperti Adobe Flash, Silverlight dan sebagainya akan dikendalikan secara berasingan melalui proses mereka tersendiri, mengasingkannya daripada proses utama pelayar web. Ini juga bakal membolehkan kurangnya masalah pelayar web tidak berfungsi disebabkan plugin pihak ketiga.

Sebelum ini, jarang sekali Mozilla menyertakan fungsi baru pada kemaskini yang kecil, selain mengutamakan sepenuhnya pada masalah sekuriti dan pelayar web, tetapi, kini ianya sudah berubah apabila kini Mozilla mula memperkenalkan beberapa fungsi baru melalui kemaskini minor.


Berkongsi Skrin Dengan Mudah Melalui Skype
IE9 - Pelayar Web Yang Paling Menjimatkan Tenaga Elektrik
Aplikasi iPad Harian Metro Dimuat-Turun Lebih 7 Ribu Kali
Fring Melancarkan Aplikasi Panggilan Video Untuk iPad
Pembangunan Bolt Browser Dihentikan Disebabkan Faktor Kewangan Dan Ekonomi

6 Komen

  1. Wan Perlis pada 09 Apr 2010

    terbaiklah mozilla
    tak sabar lagi menunggu 3.7

  2. Azizuan pada 09 Apr 2010

    harap2 lepas ni MF dah tak crash dah bila tak compatible ngan script/plugins/extension..dulu manjang crash ja

  3. IZ pada 10 Apr 2010

    Yes! Berita baik dari firefox! :D

  4. mohdisa pada 10 Apr 2010

    memang terbaiklah mozilla

  5. Azam pada 10 Apr 2010

    korang leh download kat sini. aku tak leh nak try kat linux. benci plak..nape ntah tak leh start firefox aku

    http://www.mozilla.com/en-US/firefox/lorentz/

  6. azam pada 10 Apr 2010

    preview sedikit mengenai firefox lorentz http://damhamaza.com/firefox-lorentz/


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader