23Apr

Fungsi Kemaskini Automatik Pada Android 2.2

Google, Sumber Terbuka

Ianya kini diura-urakan yang mana Google bakal melepaskan sistem operasi Android versi baru pada Google I/O pada bulan depan kelak. Melalui Android 2.2 Froyo yang bakal diumumkan, beberapa fungsi baru bakal diperkenalkan, termasuk kebolehan untuk mengemaskini aplikasi secara automatik.


Pilihan Automatik Update Pada Aplikasi [via]

Kini, ianya bakal memudahkan para pengguna lagi, dimana mereka tidak lagi perlu risau untuk mengemaskini aplikasi mereka di Android, dimana mereka boleh memilih pilihan untuk mengemaskininya secara automatik, dan tidak lagi perlu membazir masa menyemaknya satu persatu.

Ianya dijangka yang mana Android 2.2 akan dilepaskan secara rasmi pada Mei 19, ketika permulaan acara Google I/O. Menariknya, setiap peserta Google I/O kelak dijanjikan sebuah telefon bimbit percuma, antara Motorola Droid ataupun Nexus One.


Google eBookStore Kini Sedia Untuk Di Gunakan
SimpleLinux Penyelamat Pada 15 Januari
Firefox 7 Akan Mengatasi Masalah Penggunaan Memori
Carian Cuaca Pada Google Di Android Dan iOS Kini Menyokong Bahasa Malaysia
Aplikasi Currents Untuk iOS Kini Didatangkan Dengan Sokongan Paparan Retina

2 Komen

  1. blinkky pada 25 Apr 2010

    Salah satu impian saya ni =)

  2. Azizuan pada 28 Apr 2010

    iphone pon tak merasa lagi..hadoii


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader