Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Google kini menambah-baik lagi fungsi kepenggunaan Google Maps dengan memperkenalkan fungsi baru yang dipanggil Earth View membolehkan para pengguna melihat Google Maps daripada perspektif Google Earth secara terus melalui pelayar web mereka.

Google Earth Pada Google Maps
Setelah memperkenalkan Google Earth pada pelbagai platform, termasuk iPhone dan juga Android, kini Google membolehkan para pengguna dengan mudah melihat sesuatu kawasan dalam bentuk 3D dengan lebih mudah, iaitu secara terus daripada Google Maps.
Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu memuat-turun dan memasang plugin Google Earth pada pelayar web anda, dan seterusnya ianya akan memudahkan navigasi dan pengendalian data geografi pada pelayar web anda dalam bentuk 3D melalui Google Maps.
Buat masa ini, plugin ini menyokong pengguna Windows yang menggunakan Google Chrome, Internet Explorer 7 dan terkini, Firefox 2.0+; serta pengguna Mac yang menggunakan Safari 3.1+ dan juga Firefox 3.0+. Mungkin pengguna Linux perlu tunggu sedikit
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Makin hebat la Google Maps lepas ni. Senang nak carik tempat. Itu pun kalau ada gambar nyer.
pasni aku boleh tengok KLCC dalam 3D!
tak perlu install Google Earth kalau guna komputer orang. err..laptop sendiri pun malas nak install jugak. hehehe
baguslah google ni, makin mantaplah.
Selalu penuh inovasi.
lepas ni senang la trace umah awek aku..hahaha
aku baru nak download tadi masa kat opis.. tapi tak jadi.. bila baca posting ini nak download la.. mau try..
pe beza google earth dgn google maps? bkn ke sama? huhuhuu
google earth yang ada globe tuh kan?zoom zoom zoom..haha
rasanya google earth macam lama x update
Google always terbaek!~ =)
Semakin canggih dunia ni tapi masalahnya majoriti minda orang kita masih takok lama. nak buat macam mana tu.
haha…. :p
Mampir pertama, salam kenal.
Google memang selalu berinovasi.
Terima kasih atas sharingnya.
Salam hangat dari Indonesia.
Perkembangan yang menarik dari google. Saya adalah pengguna tetap untuk google map apabila ingin mencari lokasi. Tapi google earth tak begitu digunakan sbb kena install.
Banyak info berguna yang saya dapat dari blog ini. Sekali saya surf blog ini terus saya masuk setiap kali ada new update kerana blog ini telah saya letakkan dalam kategori ‘pilihan it melayu’ dalam blog saya.
Syabas dan teruskan dengan info2 menarik.
kena peta dengan mudah dan jelas sekali.