30Apr

HP Hentikan Projek Tablet Windows 7?

Gajet

Setelah pembelian Palm oleh Hewlett-Packard semalam, kini HP dikatakan akan menghentikan pengeluaran tablet Windows 7 daripada mereka yang dipanggil sebagai Slate dan pernah diperlihatkan sebelum ini di CES 2010 pada bulan Januari yang lepas.

Ianya dikatakan yang mana HP tidak berpuas hati dengan Windows 7 sebagai sistem operasi untuk PC tablet dan menamatkan projek tersebut. HP juga turut dikatakan akan menghentikan penggunaan hardware yang berasaskan Intel dalam pembangunan Slate mereka kerana dikatakan sebagai Intel menggunakan terlalu banyak tenaga.

HP Slate
Tablet Dari HP [via]

Namun begitu, ianya dikatakan yang mana Slate akan masih menemui pengguna dipasaran, namun mungkin dengan sistem operasi yang berbeza. Dengan pembelian Palm, mereka mendapat akses kepada sistem operasi mereka, iaitu WebOS, yang mana mungkin diubah supaya serasi dengan PC tablet. Atau mungkin juga HP akan menggunakan sistem operasi sumber terbuka seperti Android ataupun Chrome OS.

Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi rasmi daripada pihak Hewlett-Packard keatas PC tablet yang sebelum ini dikatakan akan menemui pengguna pada pertengahan tahun ini.


iPhone 4 Kini Di Apple Store Malaysia
Maxis Menawarkan Samsung Omnia 7 Pada Harga RM999
BlackBerry Bold 9900 Bakal Dilancarkan Pada 23 Ogos Di Malaysia?
Ovi Store Kini Dijana Menggunakan Nokia Drop
Nokia Link - Aplikasi Sync Untuk Nokia N9 Bakal Dilancarkan

3 Komen

  1. Jom Linux pada 30 Apr 2010

    WebOS gak sistem sumber terbuka dan berasaskan Linux kalu tak silap.

  2. Syafrizal pada 30 Apr 2010

    Open Source lagi menarik dari Windows hehe.

  3. mohdisa pada 01 May 2010

    wah, lepas ni kena bertukar ke open source terus. :)


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader