10Apr

Kelajuan Menjadi Faktor Kedudukan di Google

Google

Sebelum ini, kedengaran berita mengatakan yang mana Google akan mengambil kira faktor kelajuan dalam menentukan kedudukan sesuatu laman web dalam enjin carian mereja, dan kini, faktor tersebut telah pun diintegrasikan pada algoritma enjin carian mereka.

Google semestinya dikenali ke atas kelajuan, dimana laman mereka sendiri menggunakan konsep minimalis untuk memastikan para pengguna boleh melayarinya dengan pantas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Google, para pengguna lebih berminat untuk melayari laman web yang pantas berbanding laman web yang lembap. Oleh kerana itu, kini, faktor kelajuan turut diambil kira dalam menentukan kedudukan sesuatu laman pada hasil carian.

Sekiranya anda merupakan pembangun laman web, anda boleh mencuba dan menguji prestasi laman web anda dengan menggunakan Google Webmaster Tools dan memilih Labs, dan seterusnya Site Performance, dimana kelajuan laman web anda akan diperlihatkan kepada anda.


Pelbagai Fungsi Chrome OS Mula Kelihatan Pada Chrome
Jenama Blogger Dan Picasa Akan Ditamatkan Google
Google Masih Dalam Penyediaan Untuk Melancarkan Google Drive?
Google TV 2.0 Membawakan Kemaskini Antaramuka Dan Sokongan Android Market
Carian Berkaitan Teknologi Popular Di Google Malaysia Sepanjang 2011

17 Komen

  1. Baloot pada 10 Apr 2010

    Demn, susah jugak ni nak ranking dalam Google. Ada pulak algorithm mcm ni kan. Adesss. Nampak gaya kena optimize blog design dengan CSS Sprite lak ni. Huhu. Lagi fenim tu.

    • Mr.Bintang pada 10 Apr 2010

      aku pun tngh nak bermain² dgn CSS Sprite.. :P

  2. Jom Linux pada 10 Apr 2010

    Ni kalau letak web site TV3 ni kira kalah nie…byk sgt iklan sana sini.

  3. mohdisa pada 10 Apr 2010

    wah, ini kira dah makin mencabar ni.

  4. admin pada 10 Apr 2010

    aku try macam lembap aje website aku.. siot je..

  5. Zala Wajik pada 10 Apr 2010

    aku pun tengah mengurangkan kelembapan me-load blog aku tu.
    Alhamdulillah, sekarang ni dah laju sikit.
    aku nak buang apa2 yang aku rasa tah paper~

  6. Azizuan pada 10 Apr 2010

    corot la blog aku..lembab kemain even without widget yang sgt banyak..haha

  7. Extremist Thinker pada 10 Apr 2010

    hoh/ belog akoo xleh xs :/

  8. Iskandar pada 10 Apr 2010

    Aku harap pembikin theme wordpress fikir tentang benda ni.

    Banyak sangat theme yg dibuat pakai photoshop.

    Belum letak post apa2 lagi, website dah dekat 400 Kb.

    Aku tak kisah kalau theme free. Tapi byk theme premium yg punya masalah ni.

    Theme lawa penting. Tapi site yg laju dan menyenangkan pembaca jauuhhhh lebih penting.

    • Baloot pada 10 Apr 2010

      Kalau pembikin theme WordPress guna Photoshop yg mahir, diorang tahu cara nak optimizekan loading time. Antaranya dgn CSS Sprites, CSS3 digantikan utk button gradient, shadow etc. Antara theme provider yg menjadi pilihan aku, Woothemes. Memang dorang design guna Photoshop tapi loading time pun laju.

  9. Taufik SM pada 10 Apr 2010

    i like google…. :)

  10. Omar pada 10 Apr 2010

    kena banyak guna caching serta operasi server yang laju.. kena letak di US la server lepas ni..

  11. Scromix pada 11 Apr 2010

    kena pakai server laju? huu

    • Omar pada 12 Apr 2010

      yup. server laju la. letak US la lepas ni, malaysi max 4Mbps jek..HSBB pun blom implement pada DC

  12. zik pada 11 Apr 2010

    alamak… kena buang benda2 yang tak pentinglah macam nie..huhu ;-(

  13. Chandra Wijaya pada 12 Apr 2010

    Wah, faktor lain lagi yang perlu dipertimbangkan :(

  14. azwan pada 13 Apr 2010

    Google memang cool. Cepat dan betul :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader