Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Inovasi demi inovasi sering diperkenalkan oleh Google, dan terkini, mereka memperlihatkan suatu fungsi baru, iaitu memperlihatkan laman web yang lebih kurang serupa dengan laman yang anda sukai atau gemarkan.
Ianya lebih kurang serupa dengan fungsi Similar yang terdapat pada carian Google, dimana disetiap penghujung URL hasil carian, sebuah pautan Similar akan diperlihatkan. Namun begitu, ianya dikatakan fungsi tersebut tidak mendapat begitu banyak sokongan.
Untuk mengatasinya, kini Google memperkenalkan fungsi Similar Pages, dimana melaluinya, pada penghujung setiap hasil carian kelak, ianya akan memperlihatkan laman-laman yang berkaitan dengan hasil carian anda akan diperlihatkan dipenghujung halaman hasil carian.
Ianya merupakan salah satu usaha yang bagus daripada Google, selain memudahkan para pengguna mengenali lebih banyak laman-laman yang serupa dengan laman yang mereka minati, sekaligus memberikan trafik percuma kepada laman-laman yang kurang dikenali itu.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku suka tindakan google itu…
nampak semakin update… apa pulak tindakan yahoo dan bing selepas ini erk?
huhu.. pasnie boleh cari saper2 yang copy cat artikel dengan senang.. muauahahaha
cool … senang nak cari info dari sumber yg berlainan
bagus! mudah nak cari sumber
cam mana nak gunakannya?
kalo google bangunkan google.com/plagiarism kan best.. hahaa… leh usha sape plagiat