19Apr

Kini, Pelanggan TM UniFi Mencecah 900 Orang

Telekomunikasi

Setelah hampir tiga minggu perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) daripada TM dilancarkan, iaitu UniFi, kini Telekom Malaysia mengeluarkan statistik mengatakan yang mana sudah terdapatnya 900 orang pengguna UniFi buat masa ini.


Pengenalan UniFi Secara Berperingkat [via]

Buat masa ini, UniFi hanya ditawarkan di empat buah kawasan di Lambah Kelang, iaitu Taman Tun Dr Ismail, Shah Alam, Subang Jaya dan Bangsar dimana ianya menawarkan kelajuan sehingga 20 Mbps dan juga tawaran IPTV melalui sambungan internet khas berkelajuan 8Mbps.

Seterusnya, UniFi akan diperkenalkan dibeberapa kawasan berdekatan, iaitu Petaling Jaya, Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Cheras, Selayang, Puchong, Serdang, Klang, Kepong dan Wangsa Maju tidak lama lagi. TM menjangkakan yang mana UniFi akan diperluaskan ke lebih 22 kawasan menjelang Jun 2010, dan 22 kawasan lagi menjelang akhir tahun ini.

UniFi dijangka akan meliputi lebih 65% kawasan Lembah Kelang menjelang 2011, dan lebih 92% menjelang akhir tahun 2011. TM juga masih mengejar angka liputan lebih 750,000 perumahan menjelang hujung tahun ini.

Buat masa ini, UniFi ditawarkan secara percuma sehingga bulan Julai, atau 3,000 pelanggan baru, mana satu yang lebih cepat. Pada masa yang sama, TM juga memberikan peralatan dan kos pemasangan yang bernilai lebih RM1000 secara percuma kepada para pengguna mereka.


Telefon Pintar Android Yes4G Akan Membawakan Ruangan SIM?
P1 Menghadapi Masalah Rangkaian - Gagal Mengakses Kebanyakkan Web
Salamfone Turut Sama Menawarkan Perkhidmatan Internet Mudah-Alih
Celcom Bakal Menawarkan BlackBerry Bold 9900 Dan Torch 9860
Celcom Bakal Mengeluarkan Pakej Nokia N9 Tidak Lama Lagi

18 Komen

  1. Scromix pada 19 Apr 2010

    kalo smpi btg berjuntai, kan ke seronok :)

    • Taufik Dato Mansor pada 19 Apr 2010

      haha kantoi la yg ko duk kat btg berjuntai….. :)

      • gong gong pada 28 Apr 2010

        tak la, dia study kat btg berjuntai tu.. huhu..
        betul tak Scromix. :P

  2. Taufik SM pada 19 Apr 2010

    cam ne nak wat http://cdn.blabla.com tu… aku x tahu la…aman….

    900 je? huhu

    • Omar pada 19 Apr 2010

      subdomain kot..kalo ko mampu, CDN harga RM 100 sebulan

      • paeh pada 20 Apr 2010

        cdn bukan subdomain.
        bnda tu untuk jimat bandwidth pada umumnya.
        kena beli.
        ada setting dia daripada provider cdn.
        ada plugin khas utk cdn
        susah nak sembang sini.
        hahahaha

  3. Syafrizal pada 19 Apr 2010

    dia ada cap bandwidth ke?

  4. Wan Perlis pada 20 Apr 2010

    percuma hingga julai
    best tu

  5. rashid pada 20 Apr 2010

    Bilanya nak sampai Negeri Sembilan…hehe..Jb ker…ngah tunggu ni..

  6. lankapo pada 20 Apr 2010

    tak sabar nk dgr feeback dari uer yang dah pakai

    dgr2 speed sama jeeekk

    tungguuu

  7. anak malaysia pada 20 Apr 2010

    ni sudah ada kemajuan..tahniah 4 TM.. :)

  8. mohdisa pada 21 Apr 2010

    waaa….utara tak sampai lagi…ades

  9. arefiqrc pada 21 Apr 2010

    oohh…smalam ak ad tengok orang TM pasang kabel fibre optic ni kat kwasan kolej ak kt kajang….mmg da nk smpai cni lah kot…

  10. syahirul pada 22 Apr 2010

    aku kat subang jaya.. blom tukar lagi.. otw… haha jgn jeles :P

  11. gong gong pada 28 Apr 2010

    esok kontraktor pasang kat umah aku.
    nanti aku gitau ok ker tak. huhu.

  12. K.I.T.T pada 04 Dec 2010

    Unifi? speed not bad.masuk utube mmg cantik.takde lag.tapi kan mmg ada proses mengodeh sikit selama 5 jam.owner kena ada kat rumah.macma kustomer aku rumah kat DesaparkCity (banglo RM 1 juta) orang TM nak tebuk dinding…tak dibaginya….kena pakai homeplug (karen kat dinding digunakan sebagai network ke router UniFi).korang bayangkan rumah bercat cantik plaster bagai tetiba nak kena tebuk? dah la owner tu mmg jenis cerewet…laki dia cerewet…bini dia lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cerewet…dah la rumah orang tu corner lot.ada kolam ikan bagai.ada taman bagai.

    tapi masa hujan….kalau kat TV dah lag…otomatik internet out…UniFi ni sesiapa yang pakai streamyx ok..diorang apply la.mana yang ada bad kes dengan streamyx mmg carik ISP lain.serik dengan TM.aku sendiri servis bagi orang ok.tapi sendiri punya? 2 tahun DSL keep blinking after 20 minit…kena off on balik modem….dah panggil orang TM sama jugak.aku setel orang punya 3 hari je!

    tapi untuk kelajuan maksimum pakai LAN jangan guna Wireless.aku suspek IPTV tu makan bandwith UNiFi.pasal kena stream video dan audio serentak.


Tinggalkan Komen Anda