22Apr

Lebih 560 Juta Pengguna Berdaftar di Skype

Telekomunikasi, Web 2.0

Mungkin buat masa ini, kebanyakkan pengguna internet akan berfikir yang mana Facebook merupakan laman dengan pengguna paling ramai, mencatatkan sehingga angka 400 juta pengguna berdaftar. Namun menariknya, kini Skype mengatakan mereka mempunyai lebih 560 juta pengguna berdaftar sehingga hujung suku akhir ke-empat tahun lalu.

Sebelum ini, ianya merupakan sebahagian daripada eBay, tetapi kini tidak lagi, setelah ianya keluar dan menjadi badan persendirian. Pada penghujung tahun lalu sahaja, Skype sudah mempunyai lebih 39 juta pendaftaran baru, mencatatkan jumlah pengguna berdaftar kepada angka 560 juta.

Pada tahun 2009 sahaja, Skype mencatatkan lebih kurang 12 peratus daripada panggilan antarabangsa, mencatatkan peningkatan sebanyak 50%, dan pada suku tahun ke-empat 2009 yang lalu, 36% panggilan antara pengguna Skype merupakan panggilan video. Skype juga dikatakan akan menumpukan lagi pembangunan pada pembangunan teknologi persidangan video yang kian popular.


Teknologi Yang Di Nanti Di Malaysia Pada 2010
Pembangun ILoveLabels Memperkenalkan ILoveDiscounts
Malaysia Airlines Membolehkan Anda Membuat Tempahan Melalui Facebook
Pengguna Telefon Pintar Di Malaysia Hanya Sekitar 9%
Polis Diraja Malaysia Melancarkan Akaun Twitter Rasmi

9 Komen

  1. Azam pada 22 Apr 2010

    saya pung pakai skype juga….tapi takde orang pun nak skype ngan saya..haha

  2. Syafrizal pada 22 Apr 2010

    hehe saya jarang nak berskype.. Yahoo Messenger dah boleh macam skype dah hehe

  3. mohdisa pada 22 Apr 2010

    daftar sahaja skype, tp jarang guna. hehe

  4. SESIAPA YANG ADE SKYPE TU…
    ADD LAH SAYA…
    hackersunisel@yahoo.com
    (*_*)

    • zik pada 24 Apr 2010

      ok2 nanti add… ada gak.. tapi semua tak kenal…lepas nie senang sket ada geng2 blogger nie..ngeh2..

  5. aktechpage.com pada 23 Apr 2010

    aku x delah plak akaun skype ni, selalu guna YM je..

  6. Azizuan pada 27 Apr 2010

    aku pakai skype neh main travian..rancang tactical..hahaha

  7. bdk_SkemA pada 29 Apr 2010

    erm skype boleh tahan la…nk webcam sedap..gmba clear

  8. razmah pada 12 Jun 2010

    blh tahan la


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader