01Apr

Microsoft Melepaskan Kemaskini Kecemasan Untuk IE

Microsoft, Sekuriti

Microsoft hari ini telah melepaskan 10 kemaskini kecemasan untuk memperbaiki masalah kritikal pada pelayar Internet Explorer 7, termasuk masalah serangan dan eksploitasi dalam perisian IE tersebut.

Microsoft dalam Buletin Keselamatan juga turut mengumumkan untuk cuba memperbaiki masalah kritikal yang terdapat dalam IE7 termasuk satu masalah serius yang membolehkan komputer yang menggunakan IE7 dikawal secara jarak jauh dan seterusnya boleh menyebabkan komputer tersebut digunakan untuk memuat turun kandungan web berbah

Menurut Microsoft lagi, pengguna Internet Explorer 8 dan Windows 7 tidak terlibat dalam masalah tersebut. Walaubagaimanapun, kemaskini kecemasan melalui Windows Update tersebut akan dihantar kepada semua pengguna Windows 2000, Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista dan Windows 7.

Buletin Keselamatan tersebut turut mengumumkan kemaskini kecemasan bagi perisian bermasalah Microsoft yang lain seperti Windows Movie Maker, Microsoft Producer 2003 dan tujuh masalah serius dalam Office Excel.

Microsoft turut menasihati pengguna yang terlibat untuk menaiktaraf kepada versi perisian yang lebih baru untuk menjamin kesejahteraan dan pengalaman pengkomputeran yang lebih baik.


Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi
Microsoft Memperlihatkan Beberapa Fungsi Baru Windows Phone 7.5 Mango
Aplikasi Skype WiFi Diperkenalkan - Masih Mahal Untuk Pengguna Tempatan?
Bing Mengeluarkan Data Berkenaan Carian Terhangat Sepanjang 2011
Windows 8 Beta Diperlihatkan Melalui Video Di CES 2012

6 Komen

  1. aktechpage.com pada 01 Apr 2010

    Jarang guna IE utk surf di internet.
    Selalu guna Mozilla FireFox je… :)

  2. cps.style90 pada 01 Apr 2010

    aku skrg terpaksa gune IE utk sementara waktu… Firefox asyik hang je klu nk open new tab… x tau knape…

  3. Che Mamat pada 01 Apr 2010

    saya selalu pakai opera dari dulu lagi…..pakai IE laman2 tertentu sahaja.

  4. Azizuan pada 02 Apr 2010

    IE ni bila la nak jadi advance..manjang function kurang ja..lol

  5. ris-it pada 05 Apr 2010

    Heheheh… Sib baik aku guna Google Chrome.
    Simple tapi berbaloi.

  6. Azizi Zulkefli pada 09 Apr 2010

    tak habis2 masalah dgn IE ni.


Tinggalkan Komen Anda