13Apr

Microsoft Memperkenalkan Kin One dan Kin Two

Gajet, Microsoft

Sebelum ini, ianya sedia diketahui yang mana Microsoft merancang untuk memperkenalkan suatu perkara yang baru kepada pengguna pada 12 Mei. Dan menariknya, seperti yang diura-urakan pada awal, ianya merupakan pengumuman Windows Phone, iaitu Microsoft Kin One dan juga Kin Two.


Microsoft Kin One

Kin One merupakan sebuah telefon pintar empat segi sama dengan paparan QVGA, serta membawakan kamera 5-megapixel seperti iPhone generasi akan datang. Menariknya, ia datang dengan ruangan storan terbina sehingga 4GB, serta papan kekunci QWERTY.


Microsoft Kin Two

Selain daripada itu, Microsoft juga turut memperkenalkan Kin Two, iaitu telefon pintar dengan paparan HVGA dan juga papan kekunci QWERTY seperti telefon pintar yang lain. Menariknya, ia membawakan kamera 8-Megapixel dan juga ruangan storan terbina sebesar 8GB.


Kamera Berkualiti Pada Kin

Sama seperti telefon pintar yang lain, Kin One dan Kin Two membawakan sokongan WiFi, Bluetooth, 3G dan sebagainya. Selain daripada itu, telefon anda juga disync secara terus dengan ruangan storan dalam talian, membolehkan anda mengakses secara terus melalui telefon bimbit. Selain itu, ia juga menyokong penuh Zune Music dan juga Zune Video.


Kebolehan Sync Pada Komputer

Buat masa ini, masih tiada sebarang berita berkaitan yang mana bila mana ianya akan boleh didapati di Malaysia. Namn begitu, di luar negara, para pengguna boleh mendapatkannya melalui Verizon mulai bulan Mei.


Samsung Galaxy Tab Akan Mula Di Jual Tidak Lama Lagi
Dell Streak 5 Dilancarkan Di Malaysia
Windows 8 Akan Menyertakan Pengurus Akaun Dan Kata-Laluan Terbina
Ulasan Penuh Acer Aspire S3 : Ultrabook Untuk Semua?
Nokia Lumia 610 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM699

7 Komen

  1. EiNS pada 13 Apr 2010

    Kin 2 stylo…ui dia cambest bagi aku…siap boleh rekod hd 720p video lagi…

    tp takde IM, takde third party apps n games, takde upload gambar ke twitter…BIG FAILED!

  2. Ramdzi pada 13 Apr 2010

    kin one tu cam calculator kat kedai makan je.. hahaha…

  3. Omar pada 15 Apr 2010

    dah download ori.
    dah guna. dah activate.
    best gak, banyak function baru…

    siapa nak ori punya?

    • Azizuan pada 17 Apr 2010

      pakai kat hp cabok bole?haha

  4. ana pada 16 Apr 2010

    sye nk kin one…..:)

  5. zaty pada 24 Apr 2010

    may i know how much is the price? ada jual dkt mana? im interested in buying.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader