15Apr

P1 Dalam Perbincangan Menjual Sebahagian Saham?

Telekomunikasi

Kini beberapa sumber mula memperkatakan yang mana berkemungkinan besar, Packet One akan menjual sebahagian daripada saham syarikatnya kepada pelabur luar. Ianya mungkin lebih kurang 5% daripada syarikatnya, dan antara yang dikaitkan adalah SK Telecom daripada Korea Selatan.

Walaubagaimanapun, ianya dikatakan masih lagi pada tahap perbincangan, dan masih tiada sebarang berita rasmi lagi. Namun begitu, ianya dikatakan penjualan tersebut mungkin membawa masuk dana sebanyak lebih kurang RM319 juta, dan akan digunakan dalam memperluaskan liputan mereka di Malaysia Timur dan juga Singapura.

Buat masa ini, P1 Wimax merupakan antara penyedia Wimax terkemuka di Malaysia dengan meliputi lebih 30% daripada Malaysia Barat, dan ianya dijangka akan diperluaskan lagi dari masa ke semasa. Packet One menjangkakan untuk meliputi lebih kurang 60% kawasan Malaysia Barat menjelang tiga tahun lagi.


Seluruh Negara Menggunakan IPv6 Pada Penghujung Tahun 2012
DiGi Turut Sama Akan Menawarkan HTC Sensation
RakanSukan - Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini
DiGi Mula Menawarkan BlackBerry Curve 9360
Apple iPhone 4S Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia

10 Komen

  1. blowie pada 15 Apr 2010

    kawasan KL pun tak kaver abih lg =.=

  2. Khai pada 15 Apr 2010

    Aku adalah salah seorang p1 wimax happy user.. hehehe.. go W1max go!!

  3. Kreuger pada 15 Apr 2010

    saje munculkan diiri kan tentri P1.

  4. xflixz pada 15 Apr 2010

    Bagus! aku respek usaha p1 ni..mmg nampak ada peningkatan..daripada provider2 wimax lain yang hanya sekadar memberi alasan tanpa usaha.

    moga p1 terus maju…

  5. wazy pada 15 Apr 2010

    tak berkesempatan nak guna p1 ni

  6. Azizi Zulkefli pada 16 Apr 2010

    Harapnye kalau jual saham pun akan memberi manfaat terutamanya kpd pengguna P1. Moga perkhidmatan akan bertambah baik.

  7. Zon Bebas blog pada 17 Apr 2010

    bila la p1 ni nak smpai sabah.. huhu..

  8. shaharil pada 17 Apr 2010

    berita yang baik. member aku kata p1 ni bagus. tak sempat nak cubanya lagi.

  9. Azizuan pada 21 Apr 2010

    P1 vs HSBB..sapa la nak menang nanti


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader