29Apr

Palm Kini Milik Hewlett-Packard

Gajet, Lain-lain

Setelah pelbagai spekulasi yang mengatakan HTC akan membeli syarikat pembuat telefon pintar, Palm, kini, hari ini ianya dikejutkan dengan pengumuman HP untuk membeli Palm pada harga lebih kurang RM5 billion (USD$1.2 billion).

Pembelian oleh Hewlett-Packard ini adalah termasuk dengan teknologi dan sistem operasi WebOS daripada Palm, beserta dengan segala hak cipta mereka. Ini sekaligus membolehkan Palm terus hidup di arena telefon pintar, dan mungkin akan membawakan pelbagai perkara baru yang lain lagi.

Malah, ianya kini dikatakan yang mana berkemungkinan besar, HP Slate akan didatangkan dengan WebOS dan sebagainya. Memandangkan kebanyakkan pembangun komputer seperti Acer dan Dell masing-masing telah menceburkan diri ke arena telefon pintar, dan hanya HP yang tertinggal, mungkin pembelian Palm akan serba-sebanyak menguntungkan pihak mereka.


Gangguan Sambungan Internet Sehingga 5 April
Galaxy Tab 10.1 Pada Minggu Pertama Julai
Jualan Telefon Pintar Oleh Samsung Mungkin Melangkaui Apple Tahun Ini?
MOSTI Mengeluarkan Kenyataan Awal Berkenaan Dengan Akta Badan Perkomputeran Professional
Anonymous Mengumumkan Perang Ke Atas Illuminati Pada 2012

1 Komen

  1. mohdisa pada 29 Apr 2010

    wah, bagi aku setakt ini HTC adalah satu2nya pengeluar telefon pintar yang berkelajuan tinggi. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader