01Apr

Pengguna Komersil Perlu Berhati-hati Guna Facebook

Sekuriti, Web 2.0

Hampir semua syarikat komersil hari ini menggunakan Facebook sebagai platform untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Namun, kebocoran maklumat dan perubahan polisi yang terjadi baru-baru ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Hal ini mendapat perhatian beberapa pihak apabila Facebook dilihat mengubah dasar privasi pada Ahad yang lalu. Perubahan ini membolehkan mana-mana laman web pra-pengesahan mencapai maklumat sulit yang terkandung dalam setiap akaun pengguna Facebook.

Antara maklumat yang diistilahkan sebagai sulit termasuklah nama, jantina, statistik dan kekerapan atas talian, ID pengguna, status perhubungan dan gambar peribadi.

Justeru itu, pengguna Facebook khususnya pengguna komesil dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menggunakan akaun Facebook anda. Hal ini demikian kerana Facebook dilihat sebagai salah sebuah laman sosial yang sering kali mengubah dasar privasi penggunanya.

Akibat dari perubahan dasar privasinya, Facebook telah dikecam oleh pelbagai pihak melalui komen dalam sebuah blog selepas mendedahkan perubahan rasmi tersebut kepada umum.

Dalam perkembangan lain, para pengguna kini dinasihatkan untuk berhati-hati semasa log masuk melalui mana-mana laman web yang menggunakan sistem Facebook Connect kerana bimbang maklumat peribadi tersebut diakses dan dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.


Friendster Shoutout Stream - Pengintegrasian Twitter?
Super Swarm Pertama Di Malaysia Pada #Oct23rdTwtUp
1tube.my Turut Menguji Pengiklanan Video
Star Membeli 4.99% Pegangan Pada Catcha Media
Blogr.MY - Laman Komuniti Berbentuk Perkongsian Artikel Memfokuskan Penulis Blog

3 Komen

  1. Che Mamat pada 01 Apr 2010

    Facebook itu merupakan produk yahudi…..MOSSAD yahudi menggunakannya untuk mendapat maklumat terutama sifat2 dunia islam.

  2. Azizuan pada 02 Apr 2010

    facebook connect ni banyak web pakai..selalu gak la dia dok request special permission. aku klik don’t allow ja selalu..

  3. anak malaysia pada 07 Apr 2010

    Biasalah tue…produk YAHUDI punya..


Tinggalkan Komen Anda