30Apr

Tab Pada Versi Pembangunan Firefox Mula Berubah

Perisian, Sumber Terbuka

Versi pembangunan terbaru Firefox.Next sudah pun mula memperlihatkan antaramuka yang baru dengan perubahan pada bahagian tabs, yang mana kini ianya diperlihatkan dibahagian atas seperti pada Chrome, dan anda boleh mengubah pelbagai perkara pada tabs.


Toolbar Tabs Yang Kelihatan Baru [via]

Dengan klik kanan pada toolbar tabs, anda boleh mengubah pelbagai perkara, selain kebolehan untuk tarik-dan-lepas bebutang navigasi, kotak carian, dan juga kotak alamat dengan mudah. Melaluinya, anda boleh mengubah rekabentuk pelayar web anda dengan lebih mudah dan menarik lagi.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin banyak lagi yang akan diperkenalkan dalam versi terbaru Firefox kelak. bagi para pengguna yang tidak sabar, anda boleh memuat-turun Firefox.Next dan mencubanya sendiri.


Lupakan Firefox 3.1, Kini Firefox 3.5
Pelayar Chrome Beta Untuk Mac Di Lepaskan
Firefox 3.7 Alpha 1 Menguji Enjin Gecko 1.9.3
Google Instant Di Integrasikan Pada Google Chrome
Chrome Menjadi Pilihan Utama Pengguna Malaysia

1 Komen

  1. Syafrizal pada 30 Apr 2010

    Lepas ni Firefox mesti jadi lagi gempak.


Tinggalkan Komen Anda