Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin tidak diantara kita yang menggunakan Facebook Lite yang diperkenalkan oleh Facebook tidak lama sebelum ini bagi memudahkan pengguna dengan sambungan internet rendah melayari dan mengakses laman sosial tersebut dengan mudah. Malangnya, hari ini, Facebook mengumumkan penutupan fungsi tersebut.
Ianya sebelum ini dikatakan sebagai salinan laman Twitter kerana melalui Facebook Lite, kemaskini aplikasi tidak diperlihatkan, dan ditumpukan terutamanya kepada kemaskini status pengguna. Namun begitu, mulai hari ini, Facebook Lite ditutup, dan semua pengguna yang mengakses Facebook Lite akan dibawa secara terus ke laman rasmi Facebook.
Buat masa ini, masih tiada sebarang alternatif lain yang diumumkan oleh Facebook bagi pengguna dengan sokongan internet lemah, dan penutupan Facebook Lite ini membuatkan pengguna dengan sambungan internet lemah perlu membuka laman rasmi Facebook yang sedikit berat berbanding Facebook Lite.
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku tak pernah langsung bukak facebook lite ni..
sama la ngan aku..bila tenet lembab, FB still boleh tahan laju dr web2 lain..
alamak..agak penting gak sbnarnyer facebook lite niee..tp maybe diorg ade sebab tersendiri kot..huhuhuhu
erm xpenah guna bnde ni…senang ak guna Yonoo je…
Facebook Touch pun selalu down….
fb lite die laju dan simple…
aku guna bila intenet lembap je
hik3…. biase pkai Facebook Lite mase kat lab uitm jer…. tp skrg line dh laju, so, bukak kat official web je r..
patut la redirect ke Facebook.com
FB selalu sangat lembap… bukan sbb tenet slow.. bila takde FB lite ni lagi la susah nak akses FB..
aku rasa ada.. guna m.facebook.com kompem laju XD
atau touch.facebook.com
sebenarnya benda ni untuk phone/smartphone tapi hentam je la XD
Patutla tak boleh nak access dah skarang …
dah la kat opis internet slow macam siput sedut jer … huhuhu …
lite tu paling simple dan x sakit mata.. adeh.. sayang betul dah takda