26Apr

Tiket WordCamp Malaysia Bermula Dari RM150

Lain-lain, Web 2.0

Seperti yang dinantikan, acara pertama WordCamp di Malaysia pada tahun ini, telah pun mulakan pendafataran, dimana ianya merupakan sebuah acara berbayar. Bagi 50 pengguna pertama yang mendaftarkan diri dan membayar untuk WordCamp Malaysia 2010, mereka akan mendapat harga yang istimewa, iaitu RM150.

Sekiranya anda tidak berjaya menjadi 50 pengguna pertama, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM200 dimana bayaran ini adalah tetap sehingga sehari sebelum hari pendaftaran. Sekiranya anda gagal mendaftar dan ingin mendaftar secara terus di lokasi WordCamp Malaysia, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM250.

Harga yang dikenakan oleh pihak peganjur WordCamp Malaysia adalah termasuk untuk makanan tengahari, beberapa cenderamata WordPress, acara penuh 5 jam dan sebagainya. Jadi, siapakah yang antara anda akan ke WordCamp Malaysia 2010?


Twitter Menguji Fungsi Seumpama Mutual Friends Di FB
Jalur Lebar Berkelajuan 42Mbps Dari U-Mobile
Facebook Membolehkan Akaun Dipulihkan Melalui Bantuan Rakan
Infografik : Segalanya Tentang YouTube
Nisa Menyertai Amanz Network Sebagai Wartawan Pelatih

14 Komen

  1. topo pada 26 Apr 2010

    fuiyo… memang tak mampu la aku

  2. od3n pada 26 Apr 2010

    i’m coming!

  3. Syafrizal pada 26 Apr 2010

    Alamak… sengkek la skrg ni haha

  4. Loq pada 26 Apr 2010

    Mahal tu,apa aktiviti kat sana ?

  5. mohdisa pada 26 Apr 2010

    mahal2…baik aku tgk konsert double trouble…hehe

  6. xflixz pada 26 Apr 2010

    mahal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    baik pegi Joomla! day..lagi murah..huhuhuuh..tempat same gak..

    adoi…carik la sponsor..kurangkan kos kepada peserta….

  7. nizam6281 pada 26 Apr 2010

    huhu agak mahal lah..tak sesuai buat mahal2 sangat nie

  8. Frantz-Senpai pada 26 Apr 2010

    terfikir lagi nie nak pergi atau tak.. hurm..

  9. Khai pada 28 Apr 2010

    membazir… lol..

  10. Khai pada 28 Apr 2010

    lainlah awek aku Yuna tu datang sekali.. berbaloi la jugak RM200+ tu.. ntahapee2..

  11. denaihati pada 28 Apr 2010

    Tengok je lah dari jauh

  12. Bat pada 28 Apr 2010

    Tak dapat pergi, jauh sangat. Untung orang yang duduk di KL. =)

    Dan,

    Tak perlu nak kondem event orang lain kalau tak nak pergi. Tak baik weh.

  13. Amirul Faisyal pada 05 May 2010

    Mahal atau murah bergantung kepada bagaimana kita lihat pulangan daripada ‘pelaburan’ tersebut. Bagi mereka yang tak dapat apa-apa pulangan dari penggunaan WordPress, RM150 mungkin mahal, tetapi berbeza dengan mereka yang menggunakan WordPress dan mendapat pulangan daripada penggunaanya.

    Juga peluang networking yang ada, peluang untuk berjumpa dan berkenal-kenalan dengan mereka yang terlibat dalam industri WordPress, sangat berbaloi dengan pelaburan RM150.

    Walaubagaimanapun saya tak mahu salahkan anda untuk berkata mahal, mungkin itulah perspektif anda (buat masa sekarang) tetapi saya harap suatu hari nanti anda akan melihat acara seperti ini sebagai pelaburan untuk masa depan anda, dan bukanlah satu perkara yang membazir.

    Baca komen-komen mereka di LowYat dan bandingkan mindset ‘mereka’ dengan mindset anda :

    http://forum.lowyat.net/topic/1410576

    • Azizuan pada 08 May 2010

      nice..pendek kata..suitable for advance user..haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader