30Apr

Ubuntu 10.04 Membawakan Antaramuka Baharu

Linux, Sumber Terbuka

Seperti yang dinantikan, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx LTS telah pun dilancarkan secara rasminya semalam, yang mana membawakan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru dengan tambahan beberapa fungsi baru. Pada masa yang sama, Ubuntu 10.04 membawakan sokongan jangka masa panjang, iaitu sehingga 3 tahun lamanya untuk versi desktop.

Skrin Boot
Skrin Boot Ubuntu

Seperti yang sedia diketahui sebelum ini, Ubuntu 10.04 memperkenalkan rekabentuk yang serba baru, menyerupai ala-ala seperti Mac OS X, dengan penggunaan warna putih dan ungu yang amat memikat hati. Pada masa yang sama, masa untuk boot juga kini lebih pantas berbanding sebelumnya.

Tema Ubuntu
Tema Baru Ubuntu

Selain daripada tema baru, Ubuntu 10.04 Lucid Lynx turut membawakan sehingga 15 wallpaper baru, serta skrin log masuk dan boot-splash yang serba baru dan menarik. LinuxMalaya menulis dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan pelancaran Ubuntu 10.04 yang baru ini, dan sekiranya anda merupakan pengguna Linux atau Ubuntu yang baru, anda boleh memuat-turun Manual Ubuntu dan dalami lagi ilmu anda berkaitan Ubuntu.


Google Memperkenalkan Google Command Line
Aplikasi Untuk Pembangun Web Pada Firefox 10 Dipertontonkan
Pengalihan Firefox Dalam Bahasa Malaysia Kini Menghampiri 63%
Pembangunan Pelayar Web Chromium Mencapai Angka Versi 19
Ubuntu 12.10 Bakal Dikenali Dengan Nama Quantal Quetzal

5 Komen

  1. Syafrizal pada 30 Apr 2010

    Aku tak download lagi. Entah bila nak download. Takde PC nak test.

  2. akil pada 01 May 2010

    dah upgrade dah..best2..

  3. wazy pada 01 May 2010

    teringin gak nak cuba,kene cari hard disk spare la cmni

  4. sarip pada 01 May 2010

    mmg best ubuntu kalinih… mmg ringan walaupun pakai livecd je

  5. shin chan pada 21 Aug 2010

    tak best..mcm mna skali pn,mmg tak best.sbb bila aku install, xdpt nk connect internet..dh setting pn sma gak..tnya org pakar pn,sma gak..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader