07Apr

Versi Pembangunan Windows 7 SP1 Mula Tersebar

Microsoft

Mungkin semua sudah sedia ketahui yang mana Microsoft sedang giat membangunkan Windows 7 Service Pack 1 yang dijangka akan dilepaskan pada suku tahun ketiga ini. Menariknya, kini versi pembangunan Windows 7 SP1 mula kelihatan di internet.


Windows 7 SP1 [via]

Sebelum ini, Microsoft sudah sedia maklumkan yang mana Windows 7 SP1 tidak akan membawakan sebarang perkara baru, selain daripada menjadi koleksi kemaskini sekuriti yang pernah dilepaskan sebelum ini, dengan beberapa tambahan yang lain. Walaubagaimanapun, kini, Windows 7 SP1 versi pembangunan mula tersebar di beberapa laman torrent.

Melalui angka pembangunan mereka, 6.1.7601.16537.amd64fre.win7.100327-0053 ianya memperlihatkan yang mana ianya telah dihimpunkan pada 27 Mac 2010. Buat masa ini, masih tiada sebarang informasi rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan dengannya.


Microsoft Mengambil Alih Domain Bing.com
Windows 7 Di Lancarkan Di Malaysia
Hotmail Menyambut Ulang-Tahun Ke-15
Sokongan Windows XP Akan Dihentikan Dalam 1000 Hari Lagi
Integrasi Windows Phone Dan Xbox Melalui Penggunaan Kod QR Diperlihatkan

12 Komen

  1. blowie pada 07 Apr 2010

    Pirate FTW!~

  2. syahirul pada 07 Apr 2010

    windows 7 sp0 ke sp1 ke sp2 ke, aku nak tunggu sampai final version le… win 7 yg skrg dah oke..

  3. Wan Perlis pada 07 Apr 2010

    versi skrg pun dah stabil
    tak bercadang nak tukar :)

  4. admin pada 07 Apr 2010

    aku masih setia dengan win xp.. guna win 7 masih tak compatible dengan diri aku.. haha

  5. Alon pada 07 Apr 2010

    Cis , Mac OS X Snow Leopard dan Windows 7 aku masih dalam pantang , agak2 lah kalau nak cari lain ..

  6. Zie pada 07 Apr 2010

    Kalau ada versi lanun baru aku pakai 7 SP1. Kalau xda aku balik pergi Ubuntu or 7 RTM.

  7. mohdisa pada 08 Apr 2010

    aku pun guna versi sekarang, setakat ni tiada masalah. tak bercadang lagi untuk bertukar. apa-apa pun, windows 7 memang bestlah. :)

  8. Omar pada 08 Apr 2010

    kepada yang pirate… sila jangan update..
    dasyat wo..

  9. bdk_SkemA pada 09 Apr 2010

    ye betul tuh frantz-Senpai….pakai pirate ade pnyelesaian nye..huhuhu

  10. titan pada 12 Apr 2010

    kalau aku beli laptop baru..aku pakai windows 7 la kot..


Tinggalkan Komen Anda