12Apr

Visual Studio 2010 dan .NET Framework 4 Di Lancarkan

Microsoft

Seperti yang dinantikan, hari ini Microsoft telah melancarkan secara rasminya Microsoft Visual Studio 2010, yang mana di Malaysia, ianya dilancarkan di Sunway pada hari ini, dan esok di Pulau Pinang. Pada masa yang sama, .NET Framework 4 juga dilancarkan bersama.

Melalui Visual Studio 2010, kini Microsoft membawakan fungsi sokongan lebih daripada satu monitor yang dinantikan, sokongan penuh Windows 7, dimana membolehkan pembangunan aplikasi menggunakan antaramuka Ribbon, kebolehan sokongan multitouch, dan juga sokongan Windows Phone 7, membolehkan pembangunan aplikasi untuk platform mudah alih.

Pada masa yang sama, ianya juga dikatakan yang mana Microsoft bakal melepaskan Silverlight 4 pada minggu ini, yang mana membawakan pelbagai sokongan baru, dan penambah-baikkan kepada sokongan berdasarkan Silverlight. Bagi pengguna yang ingin mendapatkan Visual Studio 2010 dan juga .NET Framework 4, anda boleh melayari laman rasmi mereka dan cubanya hari ini.


Windows 7 Ultimate Berharga RM648 Di Malaysia
Pembangunan Windows 8 Sudah Di Mulakan
Demo Windows 8 Memperlihatkan Integrasi Panggilan Suara
Windows 8 Bakal Dilancarkan Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini
Microsoft Research Memperlihatkan Teknologi Sentuhan Pada Sebarang Permukaan

6 Komen

  1. topo pada 12 Apr 2010

    hohoho dah lama aku tak terjebak dengan visual studio ini

  2. aizuddin pada 13 Apr 2010

    aku lagi lah tak pernah terjebak langsung..hehe

  3. zik pada 13 Apr 2010

    owh visual studio..ingatkan visual basic programming..ngeh2.. memang tak tahu apa2 la….

  4. hafiz pada 13 Apr 2010

    aku guna filemaker je.. lagi bagus dari visual studio.. senang& siap boleh run on win, mac & iphone lagi..semua projek client, aku pakai filemaker

    apa benda filemaker??? gi surf kat http://www.filemaker.com

  5. mancai pada 13 Apr 2010

    huhuhu… dah bertaun aku tinggalkan menda ni…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader