Cari @ Amanz

Facebook kini menjadikan penggunaan identiti Facebook di serata laman web lebih mudah dimana, melalui persidangan tahunan Facebook, F8, mereka telah memperkenalkan plugin sosial, membolehkan laman web lain menggunakan fungsi “Like” seperti pada Facebook dengan mudah.

Untuk menambah fungsi “Like” seperti mana yang terdapat pada Facebook, pengguna hanya perli menambah satu kod khas, dan sudah boleh menggunakannya dengan mudah. Ianya sama seperti Facebook Connect sebelum ini tetapi lebih kepada perkongsian kandungan menarik dengan pengguna lain dengan mudah.

Melalui penggunaan “Like”, anda boleh berkongsi kandungan yang menarik bersama rakan-rakan anda yang lain dengan mudah. Dengan penggunaan fungsi ini juga, lebih banyak kandungan berkualiti dapat dikongsi bersama rakan-rakan dengan mudah, sekaligus mungkin menambah baik lagi penggunaan fungsi carian Facebook kelak.

Selain daripada itu, Facebook turut memperkenalkan Social Bar membolehkan sebuah toolbar dengan fungsi Like, Facebook Chat dan sebagainya disertakan pada bahagian bawah sesebuah laman. Plugin Facebook Login pula membolehkan para pengguna log masuk seperti menggunakan Facebook Connect, tetapi dengan penambahan baru, seperti memperlihatkan rakan-rakan mereka lain yang sudah menyertai laman tersebut.

Dua lagi plugin yang diperkenalkan oleh Facebook adalah Activity Stream plugin dan juga Recommendation plugin, dimana Activity Stream memperlihatkan News Feed dan kemaskini yang melibatkan laman anda sahaja, manakala Recommendation plugin memperlihatkan perkara-perkara yang menarik minat seseorang pengguna berdasarkan kegemearan pengguna tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd