27Apr

WOFF Sebagai Standard Baru Dunia Web?

Microsoft, Sumber Terbuka

Setelah pelbagai perbincangan dan sebagainya, kini Microsoft, Mozilla dan juga Opera bekerjasama dalam usaha untuk memperkenalkan sebuah standard baru, iaitu Web Open Font Format. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan cara bagaimana sesebuah tulisan (font) itu diperlihatkan di web.

Melalui Web Open Font Format, pembangun pelayar web ingin memperkenalkan sebuah cara yang mudah untuk mengubah format font kepada bentuk WOFF (Web Open Font Format) supaya ianya boleh digunakan pada web dengan mudah, dan ianya memperlihatkan bentuk tulisan yang lebih kurang serupa dengan apa yang diperlihatkan di desktop.

Buat masa ini, proposal untuk WOFF telah dihantarkepada W3C supaya dijadikan sebuah standar dalam pembangunan web, malah Firefox 3.6, Opera dan juga Internet Explorer 9 dijangka akan menyokong standard ini. Pada masa yang sama, pihak Chromium juga telah menyatakan sokongan untuknya.


BarCampMalaysia : Google Android
KOffice 2.3.0 Di Lancarkan
FiMOS Dilancarkan Secara Rasmi
Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia
Aplikasi Siri Dibandingkan dengan TellMe Dan Juga SpeakToIt

10 Komen

  1. Syafrizal pada 27 Apr 2010

    Lepas ni senang la bagi web developer ke web designer ke. Kalau tidak kene ada setting berasingan untuk browser masing2.

  2. TMUkmkd pada 27 Apr 2010

    sapa tak ikut mati. tu je :D

    sebenarnya aku rasa masalah ni berpunca bila orang malas nak buat css khas untuk IE khususnya :D

    • Syafrizal pada 27 Apr 2010

      sekarang pun orang dah ramai boikot IE.. hehe menyusahkan

    • Azizuan pada 08 May 2010

      sapa nak buat..tak best pon IE..haha

  3. eiman pada 27 Apr 2010

    syok la lepas nih bleh view as per original developed website/blog

  4. Fahmishah pada 27 Apr 2010

    idea yang bagus. senang, standard kan semua.

  5. anasxz pada 27 Apr 2010

    teknologi sentiasa akan sentiasa ada perubahan…

  6. mohdisa pada 27 Apr 2010

    ini dapat memudahkan semua pihak, takda la font bertukar mengikut browser lagi. :)

  7. aktechpage.com pada 28 Apr 2010

    Lepas ni bole akses website dengan lebih jelas dengan menggunakan fav browser masing2…
    IE ??? hmmmm x beshh langsungg…

  8. Kak cun pada 08 May 2010

    selamat jalan IE…….


Tinggalkan Komen Anda