20May

Adakah Data Anda Selamat Bersama Facebook?

Web 2.0

Akhir-akhir ini, isu privasi dan juga Facebook semakin hebat diperkatakan. Untuk memastikan diri anda tidak menjadi mangsa privasi Facebook, maka anda boleh mengambil beberapa langkah berjaga-jaga dengan info yang anda dedahkan di Facebook, selain mengujinya menggunakan laman Reclaim Privacy.

Untuk menggunakan aplikasi ReclaimPrivacy.org, anda hanya perlu menambah sebuah pautan pada bookmark bar anda, dan seterusnya pergi ke halaman privasi di Facebook, dan membuat pemeriksaan ringkas tetapan privasi anda di Facebook.


Semakan Tetapan Privasi Anda Di Facebook

Kini, isu privasi dan Facebook telah menjadi sebuah masalah besar, dimana beberapa info dan data pengguna dibolehkan untuk diperlihatkan kepada umum dengan mudah sekiranya mereka tidak menukar beberapa tetapan pada Facebook, dan melalui ReclaimPrivacy ini, para pengguna boleh memastikan data dan informasi mereka sentiasa selamat daripada pihak ketiga.

Tips daripada Iwani, pembangun JomTwit.


BuddyPress Beta Sedia Di Cuba
WP.com Stats Tidak Lagi Menggunakan Flash
KRU Studios Bakal Bekerjasama Bersama OhMedia?
MentariWorks Melepaskan Kod Sumber FeedMalaya Kepada Umum
Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 - Pencalonan Kini Dibuka

25 Komen

  1. wazy pada 20 May 2010

    terima kasih untuk tips ni bro,aku dah cuba buat,memang secure

  2. melayubuntu pada 20 May 2010

    tapi ttp xsecure sbb pengedali facebook still bleh access maklumat kita..owh aku xsabar tggu diaspora..data peribadi di web perlu encryption!

  3. zaki pada 20 May 2010

    boleh check status guna search engine (http://youropenbook.org/). status yang tidak secure akan terdedah

  4. mohdisa pada 20 May 2010

    uiks, macam mana nak buat ni. hehe

  5. amoi pada 20 May 2010

    dah habis scan :D

  6. MuNsYi~SaMa pada 20 May 2010

    wah..thanks a lot bro. =)

  7. topo pada 20 May 2010

    tak faham cmne nak buat

    • Eriyza pada 20 May 2010

      Errrr, takkan blogger tegar x paham kot? :p

  8. Eriyza pada 20 May 2010

    Dah scan.
    Tq Amanz.

  9. Omar pada 20 May 2010

    dah scan. secured! yeay!

  10. Syafrizal pada 20 May 2010

    haha aku dah scan dan ubah balik setting

  11. titan pada 21 May 2010

    yap. memang kena hati-hati benda nih.

  12. akubukankau pada 21 May 2010

    Ngape aku scan, jadi hang kat “scanning friendship sharing settings…”
    byk2 kali pun hang.

    • aMaNz pada 21 May 2010

      try pakai browser lain. ;)

  13. Taufik Dato Mansor pada 21 May 2010

    tq

  14. haritz pada 21 May 2010

    ye betul, tp orang kakai lima cam aku ni tak der apa orang nak tau, wujud pun org tak tau

  15. Wan Perlis pada 21 May 2010

    fb saya xda picture dan maklumat tak benar

  16. Nik Hanz pada 21 May 2010

    Sudah scan, terima kasih amanz!

  17. fina fento pada 21 May 2010

    baru tau ni.saya share kat fb & blog ye..

  18. die pada 23 May 2010

    TY…sy share kt blog ek..

  19. Azam pada 24 May 2010

    aaa…adakah kita selamat di Facebook???? aku rasa kurang selamat..hehe http://damhamaza.com/selamatkah-data-anda-di-facebook/

  20. Amir Said pada 24 May 2010

    aku x suka facebook skg ni xde privacy. x macam dulu… dulu boleh setting wall to wall. skg dah x boleh…

  21. bdk_SkemA pada 24 May 2010

    tq sharing^___^

  22. _piko pada 25 May 2010

    Yang ko nk kecohkan semua hal dlm facebook.. ape kes..
    kalau setakat data info biasa… ape salahnyer.. org tahu… atleast kawan saja la nk bagi tahu.. tapi andai kata org luar tahu pun.. tiada masalah pun…
    kalau tknak orang lain tahu.. jgn la simpan data yang rasa bahaya or malu.

    terus terang aku cakap.. secara logiknya… facebook untuk social network. tapi kita tak tahu muslihat or disebalik information yang kita masukkan dalam facebook or blog or aper2 berkaitan peribadi or kehidupan kita.
    org dibarat terlalu canggih IT.. diorang punya search engine ,collection data dari semua web teknologi yang tinggi, behaviour semua manusia diorang sudah kaji. any time happen.. diorang boleh dapat semua maklumat seluruh dunia.

    jika anda rasa data itu personal n sensitivity, simpan je la dlm hati.. jgn pi ngada2 masuk ker blog or mana2 social network untuk simpanan. Jgn lak nak blame2 lak.. itu kebodohan anda sebenarnya..

    dalam facebook sudah disediakan function untuk filter dari segi search engine sampaila saper boleh view kita dgn detail. cuma banyak org tidak tahu or tidak ingin ambil tahu atau ape2 je la..

  23. niezam pada 08 Aug 2010

    aslmkm.w.b.t


Tinggalkan Komen Anda