READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Adakah Diaspora Bakal Menjadi Pusat Web?

Diterbitkan pada Mei 13, 2010 oleh

Semakin hari, makin ramai yang tidak menyukai dengan Facebook walaupun mereka masih menggunakannya kerana tiada alternatif yang lain. Dan perkara ini telah membuatkan empat orang pelajar muncul dengan idea Diaspora.

Melalui Diaspora, pembangunnya ingin membawakan sesuatu yang berkonsepkan sumber terbuka, dikawal privasinya, dan dikawal sepenuhnya oleh para pengguna. Untuk memulakan Diaspora, empat orang pembangun telah bersatu dan berharap ingin mengumpulkan sehingga $10,000 untuk mula menjalankannya secara serius, dan kini, angka terkumpul sudah pun mencecah $91,871.

Diaspora juga menggunakan teknologi “seed” yang kian popular, dimana semua informasi berkaitan anda disimpan dikomputer anda dan dikongsikan dengan rakan-rakan anda dengan lebih terkawal lagi. Ianya dijangka akan dilepaskan dalam tahun ini, tidak lama lagi, yang mana dijangka akan membawakan suatu revolusi kepada dunia laman sosial.

Terdapat 14 komen
  1. Memang Facebook amat tidak privacy. Sehingga kini masih kedengaran berita yang tidak sedap kerana hak peribadi mereka dicemari disebabkan Facebook. Agaknya setting macam mana pun tetap kene jugak.

  2. Pingback: Mengapa Aku Tak Berhenti Belajar?

  3. nak sebut pasal privasi sesorang yang bersosial di internet, boleh dikatakan agak sukar mengawal keselamatannya. tambahan pula sebuah laman sosial yang popular. pasti ada sahaja hackers akan cuba mencerobohnya. betul tak?

  4. Komen aku – rasa mawu ambek 2-3 tahun untuk betul-betul setanding fight FB. Mana mawu, sekarang dari bawah2 lapisan society hingga atas2 lapisan syarikat corporate guna FB. kita tengok lagu mana hu hu hu

  5. @asx: “orang kita” dah lama buat..berlambak rasanya..cuma “orang kita” je yg xsuka produk “orang kita”..xglam katenye.hahaha

  6. ada beberapa link rasanya, macam myrakan.com, kawanster.com, myfriends2u.com, naseeb.com pun ada

    em.. dulu pernah aktif, tapi tak kekal lama.

Komen

Nama
Web