06May

Adobe Memperlihatkan Tablet Android Bersama Flash

Gajet, Lain-lain, Perisian

Setelah Adobe tidak diberi peluang untuk memperlihatkan aplikasinya dijalankan pada platform iPhone OS, kini pihak mereka telah menghentikan pembangunan untuknya, dan menumpukan perhatian kepada pembangunan untuk Android dan BlackBerry, dan kini pada Web 2.0 Expo, tablet dengan Adobe Flash diperlihatkan.

Pada Web 2.0 Expo yang memperlihatkan pelbagai perkara baru, Adobe memperlihatkan sebuah tablet yang menggunakan sistem operasi Android dan Adobe Flash dan AIR dijalankan padanya tanpa sebarang masalah. Tablet yang menggunakan Android 2.1 itu tidak diketahui spesifikasi hardware-nya.

Selain sokongan kepada Flash, yang membolehkan para pengguna menikmati video YouTube dan sebagainya dengan mudah, tablet tersebut juga memperlihatkan penggunaan Adobe AIR. Dan menariknya, dengan adanya AIR, ianya sekaligus membawakan kepada pelbagai aplikasi AIR sedia ada, seperti untuk Twitter, Facebook dan sebagainya, dan memberikan pilihan kepada para pengguna.

Jadi, dengan adanya Adobe AIR dan Flash pada Android, bukan sahaja para pengguna boleh menikmati aplikasi Android Market yang 60% daripadanya adalah percuma, pada masa yang sama pengguna juga boleh menggunakan aplikasi AIR tanpa sebarang masalah. Jadi, adakah ianya akan memberi impak kepada Apple?


RIM Memperlihatkan Prestasi Pelayar Web PlayBook
Lebih 200 Ribu Aplikasi Kini Di Android Market
Facebook Pages Diberikan Nafas Baru
DiGi Kini Turut Sama Menawarkan Samsung Galaxy Tab 10.1
Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2011

2 Komen

  1. azraai pada 06 May 2010

    die flash die!

  2. Azizuan pada 12 May 2010

    of course la ada impak even sikit..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader