Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Terkini, melalui Chrome 5 Beta, pelayar web daripada Google terus berevolusi dengan membawakan kepantasan pelayaran yang amat mengejutkan, beserta dengan beberapa fungsi-fungsi baru hasil sokongan kepada HTML5 serta penambah-baikkan beberapa fungsi sedia ada.

Bandingan Kelajuan Chrome Pada Ujian V8 dan SunSpider
Melalui versi beta terbaru Chrome, pembangun telah menambah-baik enjin V8 yang digunakan membawakan peningkatan sehingga 35% dalam kelajuan pelayaran yang diuji pada enjin ujian V8 dan SunSpider. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sehingga 305% jikalau dibandingkan dengan versi beta pertama yang dilepaskan oleh Google.
Selain daripada kepantasan pelayaran, versi beta Chrome terbaru juga membawakan pelbagai fungsi HTML5 seperti sokongan API geolokasi, App Cache, sokongan drag-dan-drop, dan sokongan web sockets. Pada masa yang sama, versi beta terbaru ini mengintegrasikan plug-in Adobe Flash Player, dimana anda akan secara automatiknya menerima kemaskini untuk Flash Player setiap kali kemaskini untuknya dikeluarkan.
Selain daripada itu, ia juga membolehkan anda sync lebih daripada bookmark, seperti mana anda sudah boleh sync-kan beberapa perkara tambahan, seperti penggunaan tema, bahasa, tetapan pelayar web dan sebagainya. Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan extension yang sedia terpasang ketika melayari Chrome dalam mood incognito.
Bagi pengguna yang ingin menguji fungsi terbaru ini, dan mencuba sesuatu yang baru pada Chrome beta ini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma untuk sebarang platform, termasuk Windows, Mac ataupun Linux.
19 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
Terbaek!
Hope tak crash selalu.
aku pelik kenapa aku punya tak update. rupanya aku dh gune Dev series, hari tu dah update. haha.
huhu.. keep going chrome.. selagi xder plugin FlashGot kat chrome, selagi tuh kurang penggunaan chrome dalam hidup aku.. hehe
aku jarang guna chrome, kurang mahir skit pasal chrome ni. hehe
terbaik.! kepantasan melayari internet itu faktor penting..hehe
Firefox still da best lol..
Aku x nampak ape yg menariknya pada Chrome.. Setiap kali install, mesti buang balik dalam masa seminggu. Terbaek!! Apa benda baru yg dia buat semua dah lama ada kat Firefox. Dan setakat beza kelajuan 0000000.1 second dengan Firefox, sekelip mata je. Dan kalau dah internet lembap, apalah bezanya. Hoho..
Kejamnya komen ku..
walaupun pun beza hanya 1 second, tapi chrome tetep lebih laju. lg pun dari dulu interface ff x penah ubah. yg best aku rasa address bar kat chrome. boleh search @ taip address.
untuk sesetengah user, walau beza sesaat pun dh boleh rasa. and so far, Chrome is way better handling memory, unlike current version of FF. aku bukak 4 tab, masa buat web debugging boleh sampai around 300mb+ memory usage. and page load jadi slow, walhal, guna local server.
tapi, disebabkan firebug je, aku still gune FF, and nak test some CSS3 untuk mozilla browser. daily surf and reading, chrome lebih bijak
tapi, tak salah kalau mmg minat FF. even ada orang minat guna IE. hehe.
hoho .. aku dah lama tutup firefox sbb kepantasan adalah segalanya dalam hidup sekarang ni especially dalam dunia cyber.
FF interface dia menyesakkan mata dengan tab dan barnya kat bhgn atas dan bawah. Ruang utk browsing dah semakin kecil.
Chrome sentiasa uptodate technology dia .. bagi pengguna biasa2 dan tak perlukan sgt developer plugin/add-ons mmg dah cukup hebat chrome nih ..
yayyy!
dah boleh download eh? nak mencube sekarang la…
thanks for sharing
chrome laju kalo bukak 1 tab je. cuma kalo bnyak tab dan compare dgn ff.
ff best woot
aku benci chrome.. jgn tanye kenapa.. firefox lg lebih die punye terbaik!!
entah kenapa aku tak minat nak guna chrome ni..ff tetap dihati
yang itu testing ada mengikut OS tak?
OS windows dulu pakai FF tapi bila dah beralih ke Ubuntu… pakai chrome la pulak..lebih laju dan stabil. FF lebih stabil utk pengguna windows.
vote for FF..chrome kat PC aku lembab..heran woh
ff boleh overhaul la klau nk laju…chrome boleh x..?? ak x thu…sbb ak sentiasa latest update kn ff… chrome guna skali sekala jer…tp safari nmpak cam bes jer…