14May

Chrome OS Makin Interaktif dan Menarik

Google, Sumber Terbuka

Masihkah anda ingat akan projek sistem operasi yang berasaskan perkomputeran-awam yang dibangunkan oleh Google, iaiu Chrome OS? Setelah ianya diperkenalkan sebelum ini, kini ia telah dibangunkan dan berevlosi dengan menarik sekali.

Sebelum ini, Google telah pun memperlihatkan konsep awal Chrome OS yang mana ringan dan pantas, dan kini beberapa antaramuka baru Chrome OS mempelihatkan yang mana pembangunan Chrome OS amat aktif. Beberapa rekabentuk baru memperlihatkan panel pengurusan tetingkap, panel pada pelayar web dan sebagainya.


Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif [info]


Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif Pada Pelayar [info]


Panel-panel Pada Chrome OS [info]

Bagi yang masih tidak mengenali Chrome OS, ianya merupakan suatu projek dibawah Chromium yang mana merupakan sebuah sistem operasi yang bergantung sepenuhnya kepada internet, dimana kebanyakkan data dan fail disimpan pada internet, sekaligus menjadikan ianya sebuah sistem yang amat ringan dan pantas berfungsi.

Via : TechCrunch


BlogSearch Malaysia Masih Kekal Seperti Lama
Pemain Video Sumber Terbuka - Miro 2.0 Di Lepaskan
Lebih 500,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari
MyEmail Akan Membuka Pra-Pendaftaran Akaun Emel Esok
Ubuntu 11.10 Beta Sedia Diuji Oleh Semua

9 Komen

  1. xflixz pada 14 May 2010

    speechless.woww!!

  2. syahirul pada 14 May 2010

    agak semat seh depa wat.. tapi aku takmo guna chrome :P

  3. sazuwi pada 14 May 2010

    menarik..
    tp bergantung sepenuhnyer pada internet..sakit gak kalau internet tak der..

  4. Piratz pada 14 May 2010

    wow.. nak try la camni…

  5. TMUkmkd pada 14 May 2010

    yang ni memang sesuai untuk orang yang hidup dengan internet. aku tak leh.. perlu juga offline kadang :p

  6. mohdisa pada 14 May 2010

    mana nak dapatkan chrome os ni?

  7. Syafrizal pada 14 May 2010

    Bila boleh didownload?

  8. anasxz pada 16 May 2010

    design power mesti dengan spec pc yg power..

  9. akil pada 17 May 2010

    tenet mesia ni lembab..cam tak tertampung je klo fail sume on9..lagi lembab dari biasa..hahaa


Tinggalkan Komen Anda