11May

Firefox 4.0 Pada Bulan November 2010

Perisian, Sumber Terbuka

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya adakah Firefox 3.7 akan dilepakan ataupun tidak, kini jawapannya pati apabila Mozilla mengumumkan perancangan untuk Firefox 4.0, dan apa yang dirancangkan untuk Firefox 3.7 akan diperkenalkan pada Firefox 3.6.4.

Buat masa ini, Mozilla Firefox 3.6.4 boleh didapati dalam versi beta yang membawakan fungsi Out-Of-Process. Pada masa yang sama, Mozilla Firefox 4.0 yang bakal dilepakan pada penghujung tahun ini akan menerima beberapa perubahan antaramuka, dan bakal membawakan pelbagai evolusi pada pelayar web Firefox.

Beta pertama Firefox dijangka akan dilepakan seawal penghujung bulan Jun 2010, dan versi akhir dijangka akan diperkenalkan pada bulan November. Melalui Firefox 4, Mozilla bakal membawakan beberapa perkara baru, termasuk kelajuan yang amat mengejutkan, sokongan teknologi terkini termasuk HTML5, kebolehan untuk pengguna mengawal keseluruhan data, antaramuka yang menyerupai Chrome, kestabilan dan sekuriti yang dipertingkatkan, sokongan 64-bit, sokongan skrin sentuh dan banyak perkara lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Picasa 3.6 Membawakan Fungsi Kolaborasi
RIM Mengumumkan BlackBerry OS 7
Firefox 6 Beta Dilepaskan Untuk Windows, Mac Dan Linux
Perjumpaan Mozilla Malaysia Bakal Diadakan Di BarCampKL
HoneyComb Launcher Pada BlackBerry PlayBook Diperlihatkan

7 Komen

  1. TMUkmkd pada 11 May 2010

    tak kisah la bila keluar.. tapi aku dapat agak sebelum bulan ogos. sebab support 3.5 sampai bulan ogos.

    aku tak ke 3.6 sebab 3.6 tak bertindak dengan baik pada hemat aku

  2. myFirdaus pada 11 May 2010

    kuar r bnyak2…. malas dh aku nk kejar2…. letih….

  3. Syafrizal pada 12 May 2010

    Best best… tak sabar hehe

  4. Shahrul pada 12 May 2010

    Can’t wait for this very awaiting web browser ever…

  5. syinrayafa pada 12 May 2010

    Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 6.1; en-US; rv:1.9.2.3) Gecko/20100401 Firefox/3.6.3

    p/s : skang guna Firefox v3.6.3 punya….tetap support Firefox.

  6. Azizuan pada 12 May 2010

    menanti dengan sabar..love MF

  7. bdk_SkemA pada 14 May 2010

    terbaek2 terbaek punya….hehe


Tinggalkan Komen Anda