Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mozilla terus membawakan inovasi dan pelbagai perkara baru pada Firefox.Next. Setelah memperkenalkan antaramuka yang baru, kini Mozilla mengintegrasikan panel pengurusan add-on yang amat menarik sekali.

Panel Pengurusan Add-On Yang Baru [via]
Untuk mengaksesnya, para pengguna hanya perlu menaip about:addon pada kotak alamat, dan panel pengurusan add-on akan diperlihatkan, membolehkan anda menguruskan addon dengan mudah dan senang.
Panel pengurusan ini menggunakan JavaScript, dimana anda perlu membolehkan penggunaan JavaScript pada pelayar web anda untuk boleh menggunakannya. Bagi pengguna yang ingin mencuba Firefox versi pembangunan, ataupun Firefox.Next, anda boleh memuat-turunnya daripada laman rasmi versi pembangunan, dan uji sendiri fungsi baru ini.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
harap jgn jadi berat da la firefox ni.. risau jadi mcm masa versi dulu2 yg makin lame makin berat.. hoho
betul tu, harap2 jgn la berat sgt.. aduhai
urm…. Firefox aku dh jadi semakin berat…. seksa plak rasa… nak2 klu load page baru…. adehhh
Tu lah sebabnya aku suka firefox terus je ada inovasi baru.
aku suka dengan firefox ni. memang banyak yang menarik dari firefox ni berbanding browser lain.
aku dah cuba taip about:addon tapi dia ckp
This URL not valid bla2…napa yerk?
The URL is not valid and cannot be loaded.
aku pon sama
fuh aku harap gitu gak korang..jgn lagi la bertambah berat..sekarang guna pown asyik2 hang…ntah nape,bnyk add on sgt kot ak install