15May

Google Chrome 6.0 Sudah Sedia Untuk Di Uji

Google, Perisian

Selepas Chromium mencecah angka 6.0 tempoh hari, kini Google Chrome turut sama telah diperkemas-kini dengan Chrome 6.0.401.1 bagi saluran pembangun untuk pengguna sistem operasi Windows, Linux dan juga Mac OS.

Pada masa yang sama, Chrome 5.0 versi penuh untuk pengguna biasa sudah pun hampir siap sepenuhnya, dan mungkin akan dilepaskan oleh Google dalam bulan ini ataupun bulan hadapan. Sehingga kini, masih tiada tarikh nyata yang diumumkan oleh Google lagi, namun begitu, ianya sudah pun sedia untuk dilepaskan pada bila-bila masa.

Chrome 6.0.401.1 menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan hostname, serta beberapa masalah rendering pada Windows dan juga Linux. Pada masa yang sama, Chrome 6.0.401.1 juga kelihatan sedikit pantas berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna yang ingin mencuba Chrome 6.0 ini, anda boleh melanggan kepada saluran pembangun dan seterusnya mengaktifkan Chrome pada komputer anda sebagai pengguna pembangun. Namun begitu, ianya mungkin mempunyai beberapa masalah yang tidak dikenal-pasti, dan tidak sesuai untuk digunakan pada komputer utama.


RockMelt Beta 2 Membawakan Pelbagai Kemaskini
Pelayar Web Dolphin Untuk Android Pad Diperkenalkan
BBM Music Diumumkan - Di Malaysia Dalam Masa Beberapa Bulan Lagi
Firefox 10 Membawakan Sokongan Tambahan Untuk Pembangun Web
UTeM Memperlihatkan Aplikasi Android Untuk Mengetahui Logo Halal Jakim Asli

5 Komen

  1. chybee pada 15 May 2010

    Chrome 6 dah nak keluar ke? Yg 5.0 pon tak try lg..hee..Bgsla. Still I like Opera more ;P

  2. IZ pada 15 May 2010

    go Chrome go! =)

  3. TMUkmkd pada 15 May 2010

    linux dah guna chromium 6 beberapa hari lepas :D

  4. Zairi Zaidi pada 15 May 2010

    yeah… i like chrome

  5. Syafrizal pada 15 May 2010

    menarik sungguh Chrome ini hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader