21May

Google Memperlihatkan Google TV

Google

Seperti yang dinantikan, hari ini, Google telah memperkenalkan Google TV pada acara Google I/O tahunan. Melaluinya, Google ingin menyatukan web dan TV tanpa menganggu pengalaman melihat video ataupun web pada TV.


Logo Google TV [via]

Kini, Google mengatakan yang mana pengiklanan tahunan pada televisyen sahaja melihat angka sebesar $70 billion, dan tentunya, Google yang membangun bersama platform pengiklanan mereka ingin meneroka pasaran baru, dan kini televisyen telah menjadi matlamat utama mereka.

Jadi apakah yang Google TV bawakan? Melalui Google TV, para pengguna boleh membuat carian pantas mengenai program atau rancangan pilihan mereka, dan ianya akan diperlihatkan kepada anda. Sama seperti TV biasa, Google TV akan didatangkan dengan sebuah alat kawalan jauh yang baru, yang bakal memudahkan anda melakukan carian dan sebagainya.


Carian Pada Google TV [via]

Sama seperti pada pelayar web, anda boleh melihat episod dan video secara terus daripada TV anda. Menurut Google, video amat menarik dilihat pada televisyen, dan Google TV adalah salah satu penyelesaiannya.

Menariknya, Google TV juga menggunakan konsep sama seperti Chrome, dimana pada muka utamanya, ianya memperlihatkan antaramuka seumpama Media Center, dan halaman tersebut akan berubah mengikut cara bagaimana anda menggunakan Google TV.


Google TV dan Netflix [via]

Sebelum ini, kedengaran yang mana Google bekerjasama bersama Intel, Sony dan Logitech untuk membawakan Google TV. Ianya masih lagi belum diketahui bilakah masanya Google TV akan berada di pasaran.


Google Menarik Diri Daripada Perjanjian Yahoo!
Google Translate Untuk Android Baru Membawakan Inovasi Dalam Komunikasi
Ubah Antaramuka Google+ Menyerupai Facebook
Adakah Google Docs Bakal Dijenamakan Semula Menjadi Google Drive?
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 3 November

4 Komen

  1. Eizil pada 21 May 2010

    Kiranya tv kita akan kena disambungkan dengan internet la erk? ke dia mcm satellite tv, terus dari piring pemancar jer.

  2. myadlan pada 21 May 2010

    yeah.. dapat tengok youtube tapi kena HD la. internet pun kena super laju baru la tak terjejas. lambat lagi la kot malaysia. susah la astro pasni.. haha

  3. Eriyza pada 21 May 2010

    Aduhai laa pakcik Google, seme benda pun nak konker eh??
    Memang kayo. :P

  4. Amir Said pada 24 May 2010

    mantap Google ni… macam2 dah ada…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader