20May

Google Wave Kini Di Buka Untuk Semua

Google

Bagi para pengguna Google Wave, ianya sedikit sukar untuk berkolaborasi dan berbincang sehingga semalam, dimana, ianya memerlukan emel jemputan terlebih dahulu untuk menyertainya. Namun begitu, kini Google Wave telah pun dibuka untuk umum membolehkan semua menyertainya.

Google Wave boleh dikatakan sedikit berat, dan ini membuatkan ramai yang tidak menggunakannya. Malah, pendaftaran mengikut emel jemputan juga telah mematahkan semangat ramai penggunanya. Namun begitu, kini tiada lagi halangan sebegitu apabila Google Wave dilancarkan secara rasminya.

Google Wave
Antaramuka Google Wave

Pada masa yang sama, pengguna Google Apps juga bakal mendapat sokongan Google Wave pada akaun mereka hari ini. Selain itu, untuk menggalakkan pengguna menggunakannya, Google turut sama menyediakan beberapa video untuk mempromosikan Google Wave, pada masa yang sama memperlihatkan fungsi-fungsi Google Wave yang menarik dan interaktif.

Google juga kini mengatakan yang mana Google Wave kini lebih stabil dan ringan berbanding dahulu. Bagi para pengguna yang masih tidak mengenali Google Wave, ianya merupakan salah satu platform untuk bekerjasama dan berkolaborasi bersama rakan-rakan anda yang lain dalam masa nyata.


Muat-Naik Fail Pada GMail Melalui Drag-dan-Drop
Google Bakal Memperkenalkan Business Profiles Pada Google Apps?
Carian Sosial Google Kini Menyertakan Google+
Google Reader Dengan Antaramuka Baru Dan Integrasi Google+ Diperkenalkan
YouTube Menguji Rekabentuk Dan Antaramuka Laman Yang Baru

6 Komen

  1. melayubuntu pada 20 May 2010

    aku xpnah pandai guna bendalah nihh..hahahaa

  2. paeh pada 20 May 2010

    aku harap je adda. tapi tak guna sangat. awal2 aje semangaat. hahaha

  3. kyo_9 pada 20 May 2010

    mcm YM jer ek?

  4. cukabe pada 20 May 2010

    hoho…goggle chrome yg sedia ada sblm ni pun x pkai sgt harap install ja…:(

  5. beliamuda pada 20 May 2010

    dah lesu skg ni penggunaan wave~

  6. Eizil pada 20 May 2010

    Stakat ni memang hampir hari-hari guna Google Wave untuk perbincangan pembangunan laman web termasuk dengan team kureno. Bila dah buka untuk semua ni, lepas ni lebih mudah nak ajak orang lain untuk menyertai perbincangan di dalam Google Wave ni.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader