Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Kerajaan Negeri Kelantan dengan usahasama Jaring telah melancarkan Internet Thoyyibah, iaitu sebuah pelayar web yang bakal berfungsi menapis laman-laman web tertentu yang disenarai hitamkan seperti laman lucah.
Buat masa ini, terdapat beberapa aplikasi yang sedia ada membolehkan para pengguna untuk membuat tetapan sendiri untuk mengawal aktiviti pelayaran web. Namun begitu, ianya masih boleh diatasi dengan penukaran beberapa tetapan di pelayar web.
Internet Thoyyibah bakal membawakan konsep baru, dimana aktiviti penyelengaraan dilakukan sendiri oleh pihak Jaring, sekaligus menjadikan aktiviti pelayaran web oleh para pengguna lebih selamat. Sama seperti antivirus, ianya bakal memerlukan para pengguna untuk memperbaharui lesen pada setiap tahun.
Menerusi Internet Thoyyibah ini, pelayar web dikawal melalui dua konsep iaitu menyekat mana-mana aplikasi yang disenarai hitamkan atau memberi laluan kepada aplikasi yang disenarai putih atau internet berhemah. Ini sekaligus menggalakkan pengguna internet menggunakan peralatan teknologi moden yang ada tetapi mengikut kaedah yang halal melalui penggunaan internet secara berhemah dan selamat.
20 Komen
Tinggalkan Komen Anda
bagus, negeri lain patut ikut jejak ni… tapi kang ada pulak guna proxy.. cis
oooo baru ku tau apa itu Internet Thoyyibah
setau saya Halal Thoyyibah ada la… ni baru tau jugak ni… tq2
makin lama makin meriah la kat Kelantan ni hehe
unik .. patut dapat anugerah emas dari kerajaan Malaysia
Kena perbaharui lesen setiap tahun? maksudnya kena bayar aa benda ni erk?
bagi saya tak ada masalah asalkan penapisan yang terbaik .
Senang hati benarkan anak2 surf internet tanpa risau menggunakan filter Internet Thoyyibah. Penapisan yang menyeluruh berbanding penapisan yang konvensional.
Senang hati benarkan anak2 surf internet tanpa risau dengan menggunakan filter internet thoyyibah. Penapisan yang menyeluruh dan terperinci berbanding penapisan konvensional.
bagus tapi mesti bosan
Bagusnye.biarlah bosan di mata manusia tapi halal.
Tahniah Kelantan! Tapi pengguna Jaring je kan?
boleh tahan..
Langkah bagus buat negeri serambi mekah!!
ni sesuai bagi budak2 .. kalau bagi remaja2 macam kita ni… jangan harap ler.. confirm cari jalan nak pecahkan tembok…..
hehehehe betul2 bg bdk2 geek n x geek skali pun…mesti mau tembus itu sekatan…mcm2 la blh dipakai nt..proxy la, vpn la mcm2 la
jom tinggal di kelantan….
mana nak dapat perisian internet toyyibah?
Ya, macam na ya? Berminat juga ni.
Alhamdulillah..I hope that this will soon apply to all states. I think this is the best way to improve the function of the WWW. Love the concept!