21May

Jom Main PacMan Di Halaman Utama Google

Google

Setelah memperkenalkan epal yang jatuh pada doodle Google sebelum ini, kini Google membawakan sebuah doodle yang boleh dimainkan bersempena dengan ulang-tahun permainan PacMan yang ke-30 hari ini.


Doodle Google Bersempena Dengan UlangTahun PacMan

Menariknya pada doodle PacMan hari ini adalah dimana para pengguna boleh mengawal dan memainkan permainan PacMan ini sama seperti permainan asalnya, termasuk dengan bunyi dan boleh dimainkan sehingga tahap yang ke 256 sama seperti permainan asal.

Selain daripada itu, pautan Im Feeling Lucky juga telah diubah dengan pautan Insert Coin, dimana sekiranya anda menekan Insert Coin setelah permainan dimulakan, anda boleh mengawal lagi satu PacMan, dipanggil Ms. PacMan dengan menggunakan kekunci WASD.

Permainan ini boleh dimainkan untuk 48 jam yang seterusnya, sebelum doodle PacMan digantikan dengan logo Google yang asal kembali. Jadi, tunggu apa lagi?


Google Apps Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru
Ikuti Pengumuman Chrome OS Melalui Webcast
Google Memperkenalkan Google Hotpot
Skype Mula Mengenakan Bayaran Untuk Panggilan Video Berkumpulan
Mozilla Memperbaharui Perjanjian Bersama-sama Pihak Google

8 Komen

  1. paeh pada 21 May 2010

    point aku dah 10k lebih tadi… hahaha

  2. TMUkmkd pada 21 May 2010

    hehe pantas ko ek :D

  3. Frantz-Senpai pada 22 May 2010

    aku tak reti maen pacman.. sekejap je mampos

    • myFirdaus pada 22 May 2010

      sama r bro…. lari2, tetiba muncul bnde alah tu kat depan… kne makan… huhuhu

  4. Syafrizal pada 22 May 2010

    best gila main benda ni
    tapi dulu2 power la..
    skrg macam dah jadi sejarah haha

  5. beliamuda pada 22 May 2010

    best main pac-man~

  6. Amir Said pada 24 May 2010

    malas la nak main. haha…. cepat2 la abis 48 jam tu. aku lagi suka Google tanpa Pacman. lol


Trackbacks/Pingbacks

  1. Bermain PacMan di Google Selamanya | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader