Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Jikalau sebelum ini, Les’ Copaque mengatakan akan mengegarkan kembali dunia animasi 3D tanahair dengan Upin dan Ipin Angkasa, kini nampaknya projek tersebut terpaksa dihentikan. Namun begitu, mereka akan mengantikannya dengan Laksamana Upin dan Ipin.
Laksamana Upin dan Ipin dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk di Indonesia pada tahun 2012, berbanding Upin dan Ipin Angkasa yang dijadualkan untuk tayangan 2011.

Dalam membawa kesan 3D ke tahap yang paling menarik dan optimum, Les’ Copaque akan menggunakan teknologi stereoscopic, yang mana pernah digunakan dalam filem Avatar tempoh hari. Laksamana Upin dan Ipin itu dijangka akan menelan belanja lebih kurang RM6 juta dan ianya kelak akan menerapkan budaya nusantara yang akan bersesuaian dengan penonton Malaysia dan Indonesia.
Laskamana Upin dan Ipin kelak dikatakan akan meneruskan kesinambungan kisah Hang Upin dan Hang Ipin yang pernah ditayangkan melalui slot pendek Upin dan Ipin sebelum ini.
Les’ Copaque semestinya kini dikenali seluruh nusantara apabila berjaya menetapkan suatu aras yang tinggi dalam industri animasi 3D tanahair, yang sememangnya setaraf dengan animasi antarabangsa, dan melalui teknologi baru pada Laksamana Upin dan Ipin kelak, semestinya, ianya bakal mengagumkan kesemua peminatnya.
26 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Hmmm,da agak da…time ade krisis dulu ngan staf dalaman,pasti akan ade sebarang perubahan tentang projek2 yg dh dirancang…
hah apa masalah dgn upin dan ipin angkasa?
tgk trailer upin dan ipin angkasa pun dah best
ape krisis dalaman dorang dlu..
eerr…. apsal upin ipin angkasa eyh?? nk buat ala2 The Adventures of Jimmy Neutron plak ker?? hahhaa… hopefully, Laksamana Upin & Ipin tuh akan berjaya
Elok sgt la tuh…laksamana Upin dan Ipin rasa lebih baik dlm meneruskan kesinambungan Upin dan Ipin dalam memartabatkan budaya Malaysia, aku mmg tak berkenan langsung idea ‘angkasa’ sebelum ini.
adoyaiii ape msalah nye
hah, internal error. nanti aku tanye org Les, ape yg masalah nya. Aku tunggu Upin Ipin Angkasa dari awal tahun 2009. Last skali, CANCEL….sakit hati.
aish, dibatalkan? hmm.. lama lagi la nak tunggu next film upin & ipin ni…
Upin & Ipin punya userbase sgt bagus kat Indonesia (kat sini kitorang dapat channel Indon)
hurmm betul3..aku xsabar nak tengok next filem upin & ipin…
betol betol betol
harap menjadi la untuk filem laksamana upin & ipin.
good luck! =)
kat facebook banyak kawan indon aku yg bertanyakan kat aku pasal upin ipin ini…. fuhh..
Aku paling terharu dengan perancangan jalan cerita dan skrip yang les copaque lakukan untuk upin dan ipin. Sangat padat, paling sesuai untuk rakyat malaysia dan bukan hanya untuk kanak-kanak. Penuh ciri-ciri kemalaysiaan. Nilai-nilai murni yang banyak dicontohi oleh anak aku kerana mereka membesar bersama-sama upin dan ipin. Aku akan sentiasa menyokong upin dan ipin dan mengalu-alukan cerita yang berciri seperti ini. Tiada lagi kartun omputeh yang ganas, fantasi melampau, jahat, tiada nilai dan hanya mementingkan lawak sahaja.
klu den org indon mesti den bangga gilo dgn dia org ni…. sanggup ubah skrip asal kerana kerana peminat Indon…..
tapi masalah ei.. den org malaysia…. huhuhu… sakit ati den ni ar…
Salam semua, penukaran filem Laksamana Upin & Ipin sebenarnya ialah untuk menerapkan elemen-elemen dari pelbagai negara jiran termasuklah dari Indonesia. Cerita asalnya masih mengutamakan aspek masyarakat Melayu kita yang mana Upin & Ipin dikenali sebagai Hang Upin & Hang Ipin dalam cerita ini. Elemen-elemen dari negara luar dimasukkan dengan tujuan pemasaran yang lebih global.
diorang ubah skrip sbb skrip asal tak sodap, bukan sebab orang indon
w/pun di kenselkan harap sesangat citer Angkasa nie dijadikan citer pendek sebelum citer Laksamana Upin dan Ipin bermaing…. can citer Pixar…. kat ader citer pendek kan….. kualiti animasi pung dah bagus…
Takpalah kalo x jadipun…janji ada lg upin-ipin…apa cerita pun anak gue suka banget…. Harapanku agar Les copaque buat plak animasi 3D di dalam air yg menunjukkan kepelbagaian Biodiversiti di laut…tunjukkan yg kita Malaysia n Indonesia kaya dgn spesies khazanah laut…Amacam? Kalo org putih sanggup pegi Sipadan tgk coral reef untuk idea Filem Nemo dorang…. napa kita org Malaysia tak boleh….Malaysia Boleh! Les copaque boleh! Mesti gempak satu dunia…promosi pelancongan gak tu…..
trailer angkasa dah best kot..hmm
betul..betul..betul…
ermmm….sygnye cite Upin Ipin Angkasa d batalkan..
nak t’gu Laksamana lak,,thn dpn tu..yg ni lau cancel gak,xtau la nk kate ape..
adoi..npe di btalkan nie..pnt tuh tggu dri thn sblm..last2 xjdi lak..sedih tol…hua…hua…
wow….i like UPIN AND IPIN…..:)
Anak gua sejak berusia 4 bulan dah minat tgk upin ipin, sekarang ni umurnya dah mencecah 2 tahun, baru plan nak bawak anak gua tgk upin ipin angkasa tahun ni, tapi kecewa beb bila dgr dah dibatalkan.
aku hai