21May

Lebih 150 Orang Berdaftar Ke WordCamp Esok

Lain-lain, Web 2.0

Esok akan berlangsungnya WordCamp Malaysia yang pertama, dimana kini dikatakan sambutannya agak kurang memberangsangkan, dimana sehingga kini, hanya lebih kurang 150 orang sahaja yang telah mendaftarkan diri daripada apa yang dijangkakan oleh penganjur, iaitu lebih kurang 250 orang.

Walaubagaimanapun, ianya tidak terlewat untuk anda untuk mendaftarkan diri dan turut serta menyertai WordCamp Malaysia yang pertama esok, dimana tiket yang dijual dilokasi kini berharga RM250, memandangkan pendaftaran melalui dalam talian telah pun ditutup oleh pihak penganjur untuk bersedia untuk esok.

Pada WordCamp Malaysia esok, beberapa orang terkemuka akan menyampaikan beberapa topik menarik berkaitan dengan WordPress, termasuk Naoko daripada Automattic, LiewCF dan juga Aizatto. Jika semuanya berjalan lancar, berkemungkinan besar, kami akan mengemaskini setiap penyampaian pada WordCamp Malaysia secara langsung di Amanz.


Kemaskini Twitter Dengan SMS Melalui GladlyCast
Terato Tech Memperkenalkan Malaysia Most Wanted
Lebih 9.5 Juta Rakyat Malaysia Menggunakan Facebook
Senarai Pemenang Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Diumumkan
Pembangun Tema WordPress Di Indonesia Di Saman Facebook

9 Komen

  1. topo pada 21 May 2010

    fuyo.. pi wordcamp tu.. giler gempak..

  2. Taufik Dato Mansor pada 21 May 2010

    mahal tiket.. patut la x ramai ….. :D

  3. Eizil pada 21 May 2010

    Tarikh tak kena… kalau tak memang terasa macam nak join gak… huhuhu

  4. Frantz-Senpai pada 21 May 2010

    sye orang terengganu. xder duit nak beli tiket..

  5. ejam pada 21 May 2010

    tarikh tidak berapa cun, boleh dikatakan tgh bulan…
    kalau buat awal bulan ok gak time tu tgh tebal lagi poket…

  6. Wan Perlis pada 21 May 2010

    x dapat pegi la

  7. Raf pada 21 May 2010

    Ticket mahal sgt dowh. Tapi menarik. Haihh

  8. beliamuda pada 22 May 2010

    salah satu sebab kenapa ramai tak pergi adalah kerana pengguna wordpress kat Malaysia ni baru je nak berkembang + mahal kot tiket tu…

  9. Syafiq Zainal pada 23 May 2010

    Tiket Mahal.. ramai x mampu pegi,, kalau tiket dalam harga RM80 kebawah rasenye bru OK disebabkan ramai pengguna wp adalah student dan masih belajar..


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader