03May

Maxis Kini Menawarkan Telefon Android

Gajet, Telekomunikasi

Setelah membawa iPhone dan BlackBerry, kini Maxis langkah setapak kehadapan lagi dengan menawarkan lebih lima telefon pintar Android, terdiri daripada pelbagai jenama, termasuk Samsung, HTC, LG, Motorola dan juga Sony Ericsson.

Maxis membawakan lima jenama berlainan dengan iaitu Samsung Galaxy i7500 berharga RM799, HTC Legend pada harga RM1399, LG GW620 bernilai RM1099, Motorola Milestone pada harga RM1899 dan paling mahal sekali, Sony Ericsson Xperia X10 pada harga RM2199.

Kesemuanya membawakan sistem operasi Android, dimana Maxis mengatakan yang mana lebih 50,000 ditawarkan melalui Android Market untuk pengguna muat-turun, yang mana hampir 60% daripadanya adalah percuma. Maxis juga menjangkakan yang mana mereka akan menjana lebih 50% pendapatan dalam tempoh dua tahun ini melalui penjualan telefon Android.

Para pelanggan yang ingin mendapatkan telefon bimbit Android ini daripada Maxis, perlulah melanggan kepada sebarang pelan Value Plus Maxis yang didatangkan dengan pakej data, selama lebih 12 bulan.


Maxis Memulakan Pra-Pendaftaran Untuk Motorola Xoom
Syarikat Telekomunikasi Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan 6% Untuk Tambah-Nilai Prabayar
Aplikasi Plus Toll Rate Untuk Android Kini Turut Membawakan Sokongan Luar Talian
Asus Eee Pad MeMo 171 Kini Boleh Didapati Di Malaysia
Dapatkan Inspirasi Untuk Rekabentuk Antaramuka Skrin Utama Telefon Pintar Anda

10 Komen

  1. Syafrizal pada 03 May 2010

    Telefon Android adalah pencabar utama iPhone. Memang menarik tetapi berbeza daripada iPhone. Terpulang pada selera masing2.

  2. azraai pada 03 May 2010

    mana nexus one?

  3. topo pada 03 May 2010

    “ingin mendapatkan telefon bimbit Android ini daripada Google” ye.. hohoho

  4. Frantz-Senpai pada 03 May 2010

    haish.. nak jugak satu nie.. bro, taknak sponsor BB ke satu? hehe

  5. abdfatah pada 04 May 2010

    aku pun nak jugak nih… nak sambar sebijik laa…

  6. bdk_SkemA pada 04 May 2010

    ala kena langgan la plk nk dpt ini..hehe

  7. izuddin.helmi pada 05 May 2010

    HTC Evo 4G pls!

  8. Azizuan pada 09 May 2010

    iphone pon tak merasa lagi..keke

  9. myFirdaus pada 09 May 2010

    urmm…. nih kne anjak lagi date nk bli phone…. dh mkin bnyak persaingan dlm market… huhuhu

  10. Kak cun pada 09 May 2010

    murah2 dah la.boleh ambil satu……….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader