11May

Maxis Memperkenalkan Mikro-SIM Untuk iPad 3G

Telekomunikasi

Kini, menariknya Maxis Berhad mengumumkan pelancaran mikro-SIM yang mana diguna-pakai pada beberapa gajet terbaru, terutamanya khas untuk para pengguna iPad 3G yang mana menyokong mikro-SIM, iaitu SIM yang sedikit kecil berbanding SIM GSM biasa.

Ini sekaligus menjadikan Maxis sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang memperkenalkan SIM seumpamanya. Kini, para pengguna Maxis boleh mendapatkannya di mana-mana 31 pusat Maxis di seluruh negara. Mikro-SIM dari Maxis turut menyokong Mobile Data dan juga Broadband, dimana pakej bermula serendah RM58 untuk 500mb bagi Enhanced Mobile Data Plan, manakala Broadband pula bermula pada harga RM48 untuk 1.5Gb.

Ianya suatu yang amat mengejutkan untuk Maxis melancarkan mikro-SIM. Adakah ianya memperlihatkan yang mana Maxis bakal membawa masuk Apple iPad 3G ke Malaysia tidak lama lagi? Sebelum ini, Maxis menjadi yang pertama untuk membawa masuk Apple iPhone ke Malaysia.


Maxis Bakal Menguji Rangkaian 4G LTE
Maxis Akan Menawarkan Galaxy S2 Serendah RM799 Untuk 300 Pelanggan Pertama
TM Melancarkan Khidmat Sokongan Pelanggan Melalui Twitter
Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?
Pengenalan IPv6 Kepada Semua Secara Rasmi Pada 6 Jun 2012

3 Komen

  1. hydir pada 11 May 2010

    yeayy! iPad 3G memang berbaloi berbanding iPad biasa
    Tunggu dan lihat!

  2. myFirdaus pada 11 May 2010

    Maxis akan membolot semua… hik3….. Tunggu saatnya… :)

  3. Azizuan pada 13 May 2010

    ada slot belah tero modem USB maxis..tapi takleh pakai la sebab tadak menda tuh


Tinggalkan Komen Anda